Hari ini genaplah 270 hari atau 9 bulan BN merampas kuasa di Negeri Perak. Semenjak rampasan kuasa dengan kudeta yang terancang oleh BN dengan membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat, sejak itulah krisis perlembagaan dan pelanggaran undang-undang yang menyaksikan gelombang rakyat yang mahukan kepada kembalinya kesejahteraan dan keamanan di Perak dengan tuntutan pembubaran DUN Perak.
Penghakiman pada hari ini yang akan bermula pada jam 9.30 pagi di Mahkamah Persekutuan disini akan mencatat satu lembaran sejarah pada rakyat Perak, Malaysia malah untuk sistem Kehakiman Negara Komenwel.
11.15am : Ketua Panel Peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah sedang memberikan penghujahannya.
11.13am : Mahkamah yang bersidang semula menolak permohonan peguam Ambiga yang mewakili Ds. Nizar agar ditambah jumlah hakim.
10.24am : Kelihatan ADUN Teja, Chan Lih Kang, ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai dan ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Eng kelihatan sampai ke dalam bilik penghakiman. Turut kelihatan bekas Pengerusi Keadilan Perak, Hj. Osman Abd. Rahman.
10.20am : Penghakiman berhenti sebentar dalam keadaan permohonan Peguam Ambiga supaya kes di dengar oleh 11 panel hakim dan bukannya 5 orang.
10.08am : Peguam Negara mencelah sebentar tadi mempertahankan kewajaran penghakiman 5 panel hakim, tetapi terus dipertahankan oleh peguam Ambiga.
10.04am : Peguam Ambiga mencadangkan Panel Hakim untuk mendengar penghakiman Kes Menteri Besar Perak dengan hujah pentingnya kes ini untuk Perak dan Malaysia dan luar negara dan memberi kesan selanjutnya.
9.50am : Peguam Ambiga yang mewakili Ds. Nizar sedang memberikan penghujahan.
9.47am : Mahkamah dimaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Persekututan akan memberi kesan kepada rakyat dan tafsiran undang-undang di Malaysia pada masa akan datang.
9.45am : Ketua Panel Peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah membacakan senarai peguam yang mewakili Ds. Nizar antaranya peguam Ngeh, Philip, Chan, Hanifa Maidin, Leong, Amir Hamzah dan Zulkarnain.
9.41am : Penghakiman bersejarah menentukan siapakah Menteri Besar yang sah bila 5 hakim mengambil tempat masing-masing.
9.30am : Semuanya dalam keadaan bersedia untuk menunggu jam 9.30 pagi dijangkakan penghakiman bermula pada pagi ini.
Turut kelihatan ialah Ketua Panel Peguam DS. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah dan peguam pencelah iaitu Peguam Negara Ghani Phatail.
9.10am : Menteri Besar pakatan Rakyat Perak sampai bersama rombongan, antaranya Dato’ Ngeh Kho Ham, Drs. Khalil Idham Lim, YB. Zainuddin Yusof dan Ust. Nor Azli Musa. Turut kelihatan ialah setiausaha PKR Perak saudara Anuar.
0 Komen :
Post a Comment