Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dianggap tidak profesional dan mengunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi melahirkan rasa kesal dengan tindakan Jais kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah.
"Saya difahamkan Dr. Mohd Asri ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu.
"Saya sangat kesal...sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor,"jelasnya dalam laman blog peribadinya hari ini.
Tambahnya, jika soal tauliah menjadi alasan, maka sepatutnya pihak Jais boleh memanggil para penceramah agama ini untuk sessi temuduga bagi menganugerahkan tauliah jika itu merupakan satu prosuder yang mesti diambil, bukannya dengan menggunakan kuasa menghalang dan menangkap sedang penceramah - penceramah ini berbakti kepada agama dan masyarakat untuk membasmi kejahilan.
"Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama , pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA, MA dan Phd,"ulasnya lagi.
02 November 2009
Tangkapan Dr Asri, Jais tidak profesional
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 Komen :
Salam, kawan rasa tuan seolah-olah menuduh kerajaan UMNO-BN yang menaja penangkapan Mohd Asri.
Tidakkah tuan tahu, Selangor dibawah kerajaan pakatan rakyat yang mana Dr Hasan Ali adalah Exconya, sepatutnya pihak JAIS lebih peka dengan isu ini kerana kerajaan pakatan yang menentukan arahan penangkapan.
Mengapa mesti timbul perkataan isu politik dalam penangkapan tersebut...
Bro YANG GAMBI, Majlis Agama Islam adalah berbeza dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Jangan keliru. Kedua ini adalah dua entiti yang berbeza. Di Selangor, Majlis Agama Islam terletak di bawah exco Agama yang diketuai oleh Hasan Ali dan berada di bawah Sultan Selangor. Manakala, Jabatan Agama Islam adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jelas?
Yang menangkap Dr Asri ialah JAIS bro..
begini bro,
dr asri sebelum ini berkata beliau menolak jawatan ydp yadim dan minta ketua audit negara mengaudit yadim kerana dakwanya ketua audit akan "menemui sesuatu"...
so kita boleh fikir sendiri agenda siapa? kalau isu wahabi...tak payah lah rakyat malaysia pegi mekah yg kononnya mengamalkan wahabi...imam masjidil haram wahabi? imam masjid nabawi wahabi?
benarkah dakwaan arab saudi kerajaan wahabi? benarkah dakwaan kerajaan perlis wahabi?...
benarkah?????????????????
lu fikirlah sendiri!!!!!!!!!!!!
Post a Comment