tu maklumat yang telah diberitahu dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri sendiri oleh beberapa ahli Badan Perhubungan. Dan maklumat dari sumber dalam Wisma Darul Ehsan menunjukkan bahawa sememangnya Suwardi Yaakob lah yang telah mengumpulkan segala dokumentasi berkaitan dengan isu pemberian lembu dan kereta MB.
Minta malaysiakini yang pecah cerita ni==>http://www.malaysiakini.com/news/117553 supaya pergi soal si Suwardi ni sekali.
Malahan, Suwardi berada di dalam bilik yang sama dengan Dato Hasan Ali sewaktu pegawai-pegawai SPRM datang membuat penyiasatan. Ini kerana SPRM telah menemuramah semua exco sewaktu isu pemberian lembu dan jagaan kereta MB itu diletupkan.
Malahan, selepas Dato HAsan Ali dan pegawai2 SPRM keluar dari bilik, Suwardi dengan bangganya membawa sebuah fail yang cukup tebal dan berkata bukti-bukti dalam fail ini akan menyebabkan MB Selangor tersungkur. Malahan, selepas itu Suwardi telah menelefon Khir Toyo, mungkin mahu memberikan laporan kepada Khir Toyo berkaitan dengan siasatan SPRM ke atas Tan Sri Khalid itu.
Sememangnya tanpa ragu lagi bahawa maklumat2 ini datangnya dari Suwardi Yaakob dengan tujuan untuk menjatuhkan MB Selangor. Dan, Dato Hasan Ali tahu akan pergerakan Suradi Yaakob ini kerana Suwardi Yaakob memberi “briefing” pada Dato Hasan di Pejabat Exco Selangor di Wisma Darul Ehsan.
Berkenaan penglibatan Roslan SMS pula, maklumat saya dapat tidak menyebutkan Roslan terlibat. Namun, Roslan SMS ada blog maka haruslah beliau menulis penafian yang jelas. Bukannya melarikan diri dari para wartawan yang hendak bertanya.
Siapa Suwardi Yaakob ni?
Dia ni mengaku jadi Pegawai Khas pada Dato Hasan Ali. Bezanya adalah, Suwardi tiada surat perlantikan manakala saya ada surat perlantikan yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan Negeri.
Namun, dia memang menjadi “penolong” dan “penasihat” kepada Dato Hasan Ali. Malahan, dia adalah antara yang berpengaruh sekali dalam senarai orang2 yang mempunyai pengaruh ke atas Hasan Ali. Dia team Dato Hasan, secara mudah.
Hairannya, orang-orang yang menjadi penyokong kuat Dato Hasan Ali ni banyak masaalah. Misalnya, Roslan SMS, Usop Ludin, Mat Zain, Wan Hasrina, Khairuddin Osman semuanya ada masaalah.
Malahan saya mendapat berita, Pemuda-Pemuda Negeri Selangor telah berjaya dibeli dengan projek2 yang dikeluarkan dari pejabat Dato Hasan. Kerana itulah mereka semua senyap sunyi bila Dato Hasan buat perangai tak senonoh. Haaiii, kena buat pembersihan dalam Pemuda Negeri ni.
Berbalik pada Suwardi Yaakob, saya tak nak cakap panjang.
Sila baca sendiri salinan surat yang saya dapat berkenaan karakter ini:
Mamat ni, Majlis Agama Islam Selangor pun dia nak “chong”. Mamat ni yang Dato Hasan pegi jadikan pembantu dan penasihat dalam buat kerja-kerja kotor. Punyalah malu PAS Selangor macam ni.
Dan saya dapat tahu juga, MAIS ni hanya salah satu mangsa beliau. Kalau MAIS pun dia boleh hancurkan, apatah lagi PAS ni. PAS hanya kuda tunggangan kepada dia untuk kekayaan.
Entah macamana entah PAS Perlis pergi lantik orang ni jadi calon tahun 1999 dulu, saya pun tak tau.
Duit yang mamat ni janji untuk Muktamar Shah Alam baru-baru ni pun masih lagi kita sedang menunggu kedatangannya.
Tahu tak, Perhubungan Selangor sekarang ni hutang keliling pinggang sebab nafsu besar? Tapi takpa tu kita cerita kemudian.
Cumanya, si Suwardi Yaakob ni antara penyebab PAS berpecah sekarang ni. Mamat ni juga kawan baik dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dia ni ibarat "runner" yang buat kerja-kerja kotor untuk Fraksi UMNO.
Tapi, mulut tak dapat jaga daaaa. Habis semua orang kau bagitau. Mana rahsia kau tak pecah.
Hai lah Dato Hasan. Saya dah nasihat Dato dulu lama dah tapi Dato tak nak dengar. Selalu ambik penipu jadi pembantu utama.
Kepada Roslan SMS, sila buat artikel dalam blog kamu dan nafi penglibatan kamu dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor ini. Bukan kamu ni yang pejuang Melayu juga ke?
Tulang Besi
Kereta terbang dari jambatan tak siap
18 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment