BlogList Malaysia

22 November 2009

Jangan terperanjat jika Umno derhakai TYDP Agong

Tindakan Sultan Kedah mahu supaya kerajaan pusat berkerjasama dengan kerajaan Kedah membayangkan rasa tidak puas hati baginda terhadap sikap enggan berkerjasama itu.

"Mesti diingat bahawa luahan rasa tidak puas hati Sultan Kedah terhadap tahap kerjasama kerajaan pusat itu hakikatnya merupakan titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong kerana Sultan Kedah kini adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan pusat diterajui oleh Umno yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu. Jika kerajaan pusat membelakangi titah baginda, ia boleh dianggap penderhakaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong,"

Saya ingin menyifatkan sikap kerajaan pusat yang enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja menentang demokrasi malah menghina perlembagaan Malaysia yang menekankan doktrin federalisme.

Saya juga ingin mengingatkan kerajaan pusat bahawa pendirian kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk berkerjasama dengan kerajaan pusat bukanlah tanda mengalah tetapi disorong oleh rasa hormat kepada pilihan rakyat melalui amalan demokrasi di samping menjunjung kehendak perlembagaan negara.

"Kerajaan pusat yang diterajui Umno telah bertindak melampau menghina amalan demokrasi dan perlembagaan negara yang menekankan semangat federalisme apabila menubuhkan kerajaan dalam kerajaan dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh PR melalui penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Beberapa kementerian di peringkat pusat pula terang-terang menunjukkan keangkuhan apabila enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.

"Tindakan itu menunjukkan sikap tamak kuasa yang sanggup bertindak melampau sehingga menidakkan suara rakyat dalam amalan demokrasi,"

Sikap itu jugalah yang mendorong kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi perundangan seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.

"Hampir semuanya sudah digunakan oleh Umno dan BN untuk menidakkan pilihan raya melalui amalan demokrasi dan jangan terperanjat jika titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga diderhakai oleh mereka,"

Mahfuz Omar

3 Komen :

Admin November 22, 2009 at 11:14 PM  

assalamualaikum...
salam ukhwah..
saya nak tegur sedikit??
kenape anda kata PAS LEBIH SELESA TANPA 4 ORG ITU??? Pasai UG ke??? pasai PRO umno ke??

bg ana contoh atau tindakan yang boleh mengaitkan merekan seorang PRO UMNO???

NASARUDDIN- org kaitkan pro umno sbb baik sangat dengan org UMNO. untuk pengetahuan saudara NASA ni memang seorang yg baik dan peramah sehinngakan beliau sangat ramai denmgan org UMNO. Sampai tepuk2 bahu.. beliau ni tidak boleh menjauhkan perangai baiknya walaupun dengan musuhnya.. beliau juga kene kontrovesi jumpe blogger pro BN. untuk pengetahuan saudara perjumpaan ini atas suruhan pihak tertinggi PAS. tg hadi awang pun tau..
SAYA SANGAN HORMAT USTAZ NASA.

MUSTAFA ALI - bg fakta atau contoh yg mengaitkan beliau pro UMNO??? beliau sudah nafikan...

ABC [ ABU BAKAR CHIK ]- beliau kene kontrovesi kononya beliau kutuk TG NIK AZIZ tp setahu saya tiada bukti.. saya pun rasakan di telah nafikan semua itu.

HASSAN ALI- Beliau sorang je la yang boleh dikaitkan pro umno. contoh - beliau banyak meluluskan projek untuk org UMNO di slgr. banyak lagi la perangai yang tidak baik beliau. ramai pemimpin atasan juga tahu beliau ni ada masalah. beliau patut dpecat !!!

tolonglah !!
TULISLAH ARTIKEL YANG MEMBINA PR, BUKAN MENJAHANAMKAN PR !!!
BERFIKIR SEMASA MEMBACA ARTIKEL DI SEMUA BLOG TERMASUK BLOG PRO PR..

harap jangan marah ana..
komen ini bukan ikut pandangan ana sahaja. ana banyak berbual dengan org atasan PAS juga..
renung2kan...

harap buang le logo reform PAS tu.. nk refor ape lagi??? blog kite yang perlu reform.. jika tidak puas hati dengan PAS. Datanglah USRAH , IJTIMAK ataupun MESYUARAT PAS. bukan di blog..

assalamualaikum..

Admin November 22, 2009 at 11:15 PM  

jeebond follower ,  November 23, 2009 at 12:04 AM  

Baca sini paeh

http://penarikbeca.blogspot.com/2008/07/main-belakang.html

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas