Untuk kali ini, penulis dengan berat hati, bersetuju dengan saranan beberapa pihak supaya diambil tindakan tegas terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, termasuk untuk 'merehatkan' beliau dari kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor..ini 'ijtihad' semasa penulis..jika sebelum ini, penulis hanya memilih untuk berdiam diri, atau berkecuali dengan sesetengah pihak yang mendesak beliau meletak jawatan, tapi utk kali ini, penulis akur dan bersetuju dengan mereka.
Pertemuan Hassan-Nasarudin bersama blogger
Ianya bermula dari sesi perjumpaan dialog bersama para blogger tempoh hari..jika sebelum ini, penulis boleh berbaik sangka terhadap mereka berdua berkaitan isu UG atau kerajaan Perpaduan..firasat penulis kuat mneyatakan mereka berdua tidak akan sesekali memasuki umno atau teringin untuk menyertai Umno, tindakan mereka itu hanyalah antara tindakan/pandangan yang bersifat peribadi.
Tetapi, segalanya berubah semenjak program pertemuan mereka bersama blogger. disinilah segalanya bermula..daripada perkara yang tidak pernah diketahui, akhirnya diketahui, daripada perkara yang sulit akhirnya menjadi bahan sebaran umum, daripada persepsi positif kepada mereka, akhirnya berubah kepada negatif!
Dengan tersebarnya rakaman audio pertemuan Hassan Ali dan para blogger termasuk dari Umno tempoh hari (boleh baca di sini dan di sini) , ternyata ia bukan meredakan keadaan, bahkan semakin menyesakkan keadaan..Ia sebenarnya bukan satu tindakan yang bijak sama sekali..rupanya tindakan sedemikin bukannya untuk menyelesaikan masalah, mahupun meredakan polemik yang timbul, tetapi semakin menambah parah kepada jemaah..satu persatu isu baru timbul hasil dari perjumpaan bersama blogger tersebut!
Bakal membawa bencana
Terus terang penulis katakan, penulis sudah dapat menghidu perjumpaan tersebut bakal mendatangkan malapetaka kepada PAS..apa tidaknya, saranan Presiden supaya pemimpin PAS tidak menjadikan media termasuk media baru sebagai pentas untuk meluahkan perasaan, berbalas kritikan, dan sebagainya tidak diambil endah mereka berdua..apatah lagi tarikh perjumpaan dengan blogger tersebut sudah hampir dengan tarikh mesyuarat khas PAS. kenapa tidak ditunggu sahaja mesyuarat itu utk meluahkan perasaan dan membela diri.
Yang kedua mengenai apa sebab mereka berdua menjemput blogger dari kalangan Umno menyertai perjumpaan tersebut? apa tujuan mejemput 'musuh' untuk membincang masalah dalaman parti? tak lain dan tak bukan ia adalah satu kesilapan besar mereka berdua. lihatlah sekarang, segala minit perjumpaan itu kini tersebar dengan meluas dan berada di dalam genggaman Umno..paling mendukacitakan, banyak rahsia dan perkara sulit parti didedahkan di dalam perjumpaan itu!
Persoalan seterusnya ada penulis catitkan disini (klik)..sebahagiannya,
1. Apa tujuan pihak penganjur menjemput para blogger dalam membincang/menjawab isu UG/EGM ini? bukankah Presiden sudah mengarahkan isu ini tidak sepatutnya diwar-warkan dalam media termasuk media baru?
2. Kenapa dijemput blogger dari kalangan penyokong Umno/BN dlm membincangkan masalah dalaman PAS?
Membela diri atau 'Melepas diri'?
Ya, mungkin pada firasat mereka (Hassan-Nasarudin), tindakan sedemikian (mendedahkan pelbagai perkara termasuk tentang baiah taklid) adalah untuk mempertahankan diri dari dituduh agen umno, akan mnyertai Umno dan sbegainya..pada pandangan mereka, dengan berbuat sedemikian, tuduhan terhadap mereka menyertai Umno adalah satu pendustaan sama sekali.
Tetapi ternyata mereka tersilap membuat percaturan..Apakah mereka berdua sedar, jika apa yang didedahkan mereka di dalam pertemuan itu adalah bersifat sulit, kenapa mesti mereka menjemput blogger dari kalangan Umno untuk bersama2 dlm program tersebut? apakah tidak terdetik pada fikiran mereka, akan ada pihak (yg menyertai perjumpaan itu) yang akan memcahkan rahsia suatu ketika nanti?bukankan kebanyakan isu yg didedahkan dalm perjumpaan itu adalah merupakan rahsia dan amanah parti, makna kata perkara yang tidak sesuai dan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum, termasuk isi perbincangan sesama pemimpin dan sumpah laknat?
baca lagi [click here]...
Disyaki peras ugut warga Arab Saudi, 3 polis ditahan
10 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment