BlogList Malaysia

04 November 2009

Royalti Minyak Untuk Kelantan

Tempat jam 10.10 pagi tadi YAB Perdana Menteri Malaysia ketika menjawab soalan lisan YB Kubang Kerian mengumumkan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum seperti termaktub didalam perjanjian Kerajaan Kelantan dan Petronas sebaliknya, seperti Terengganu, Kelantan layak menerima Wang Ehsan.

Tiada aktiviti petroleum di Perairan Kelantan dan Terengganu tetapi seperti Terengganu, terdapat aktiviti berdekatan Perairan Kelantan. Memandangkan Kerajaan Pusat memberi Wang Ehsan kepada negeri-negeri yang terdapat aktiviti petroleum diluar perairan negeri maka, seperti Terengganu, Kerajaan Persekutuan akan membayar Wang Ehsan kepada Kelantan.

Sehingga kini terdapat hanya satu medan aktiviti petroleum iaitu di Bumi Selatan.

Demikian kenyataan Perdana Menteri di Parlimen pagi tadi.

Sejurus selepas jawapan tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bersidang dan memutuskan untuk melantik panel guaman bagi mengkaji tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, Kerajaan Kelantan tidak mengambil pendirian untuk tidak menutup pintu rundingan.

kickdefella

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas