Tulang Besi telah mendapat salinan rakaman Dialog antara Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger (UMNO dan PAS. Saya akan mula mengeluarkan rakaman2 ini dalam fasa2 mengikut isu dan kepentingan. Adalah amanah yang diberikan kepada saya mengeluarkan maklumat ini kepada ahli dan penyokong-penyokong PAS.
Saya bercadang untuk melepaskan rakaman2 ini secara berperingkat-peringkat. Ini supaya setiap kali saya buat pendedahan, kita dapat membincangkan isu2 yang dinaikkan dengan lebih mendalam dan lebih jelas untuk kepentingan bersama.
Oleh kerana perjumpaan ini bukan program rasmi parti dan ianya dilakukan dalam kediaman pribadi bukan premis parti, maka program ini tidak tertakluk kepada apa yang kita namakan sebagai RAHSIA PARTI. Kenapa? Kerana ianya bukan program parti.
Dalam perjumpaan tersebut, blogger2 UMNO turut menghadziri program tersebut. Nama2 seperti Sanusi Akramsyah (pembenci Tok Guru dan melakukan dosa qazaf dengan terbuka) dan Mahaguru58 (pengikut ajaran sesat serta pernah mendoakan Tok Guru mati) turut ada dalam majlis tersebut.
Di hadapan karakter-karakter anti Tok Guru dan anti PAS inilah rahsia-rahsia parti didedahkan sewenang-wenangnya. MAlahan kritikan2 terbuka kepada Tok Guru, Khalid etc juga dilakukan dihadapan blogger2 UMNO ini.
Serangan pada Pakatan Rakyat, jangan ceritalah. Menyedihkan. Benda yang diserang pun fitnah.
Isu Pertama: Baiaah Taklik
Dibawah adalah rakaman berkenaan dengan isu "Baiaah Taklik" yang sekarang menjadi polemik yang cukup kuat di media2. Kita hairan bagaimana UMNO mendapat maklumat berkenaan hal ini dan rupanya sekarang barulah kita tahu sumbernya.
Kalau kedua-dua ni tidak dihadapkan ke JK juga, saya tak tahulah. Saya dah buat laporan rasmi pada JK Disiplin atas tuduhan memecahkan rahsia parti. Tapi nampaknya seperti laporan saya dipendamkan. Saya harap tidak.
Terpulang pada saudara2 untuk membuat penilaian.
(Nota: Untuk pendedahan kali pertama ini saya terpaksa guna kaedah muat turun seperti ini kerana saya terpaksa mendapatkan "converter" kepada format MP4. Dah Youtube sekarang ini tidak iktiraf MP3 format pulak. Satu hal la pulak)
Sila klik di sini:
Tulang Besi
ps saya dituduh suka memecahkan rahsia parti. Nampaknya orang yang menuduh itu seperti mengata dulang paku serpih
14 November 2009
Rakaman Dialog Bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (Baiaah Taalik)
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
hassan ali
,
nasha
,
ug
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment