Pertamanya, terima kasih atas pendedahan yang dibuat oleh saudara Nizam Mahmud. Saya merasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana tugas setiap Muslimin dan Muslimat mendedahkan segala amalan bidaah dan sesat yang berlaku dalam masyarakat kita.
Juga, blog Mahaguru58 ini juga adalah blog yang ramai mengunjunginya. Blog beliau juga dipenuhi dengan doa2 dan kata-kata hikmah yang dipetik dari Al Quran dan Hadeeth Nabi SAW. Ertinya, bagi yang tidak mengetahui, mereka akan mudah mempercayai kononnya Mahaguru58 ini adalah pejuang Islam dan memperjuangkan keagungan Islam.
Namun, apabila akidah seseorang itu rosak, tidak kira berapa besar serban yang dipakai atau berapa putih jubah yang menyelimuti tubuh, orang itu tetap sesat dan tidak boleh diikuti.
Mengikut pendedahan Nizam Mahmud, Mahaguru58 ini mengikuti sebuah tarikat bernama “Tariqat Naqsyabdi Al Aliyyah . Ini diakui oleh Mahaguru58 sendiri dalam artikel yang beliau sendiri tulis. (http://mahaguru58.blogspot.com/2006/07/tariqat-naqsyabandiah-sufi-mureeds.html).
Pada waktu yang sama, Nizam Mahmud memberi sebuah “link” berkaitan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaaan di atas tariqat sufi ini di sini:( http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06556.html)
Mengikut link yang diberikan oleh Nizam Mahmud:
“Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam
a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim
bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan
menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera
bertaubat.
b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat
Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan
dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah
dengan ajaran Islam yang sebenar"
Kalau Benar Mahaguru58 Masih Mengikut Tariqat Ini, Minta Beliau Bertaubat
Saya tahu, pergerakan tariqat ini cukup kuat dan ahli mereka semakin ramai. Tapi, itu bukan alasan untuk meneruskan penglibatan di dalam Tariqat yang sudah didapati sesat ini.
Saya menyeru, sekiranya MAhaguru58 masih lagi menjadi ahli Tariqat ini secara aktif untuk bertaubat dan meninggalkan tariqat ini sama sekali.
Ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan adalah mereka yang pro kepada Tariqat juga. Jadi, mereka bukan Salafi yang menolak semua tariqat. Ertinya keputusan Majlis Fatwa ini adalah kerana Tariqat Sheikh Nazi mini telah sampai ke tahap yang sangat teruk dan menjejas akidah.
Kalau Mahaguru58 hanya mengikut majlis zikir mereka dan tidak mengikut fahaman serta akidah pengikut tariqat ini, maka saya bersyukur dan menarik balik nasihat saya bagi beliau untuk bertaubat. Saya cuma meminta Mahaguru58 untuk jangan lagi mengikut amalan serta aktiviti Tariqat Naqsyabandi Al Aliyaah ini.
Apa yang saya buat ini ada dua sebab utama:
a. Menjaga akidah umat Islam seluruh dunia supaya jangan tersangkut dengan tariqat yang menjejas akidah
b. Menasihati mereka2 yang sudah terlibat supaya bertaubat nasuha.
Wallahualam bissawab.
Tulang Besi
Ps Terima kasih pada Saudara Nizam Mahmud yang telah membuat kajian.
05 November 2009
Mahaguru58 Mengikut Tariqat Sesat?
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
sesat
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 Komen :
minta sdr. senaraikan amalan-amalan tarekat ini yg. dikatakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam. semoga semua mendapat menfaatnya. amin.
sesat tak sesat ni bukan manusia yg tentukan.bukan keje manusia.Allah yg tentukan kat akhirat nanti.kita semua sedang mencari Allah.ada yg teringin nak kenal Allah lebih dekat.tapi caranya berbeza2.Apa salahnya kalau org tu ikhlas nak kenal tuhan sendiri?kalau dgn ikut 'jalan' tertentu,dpt lagi kenal dgn tuhan dia,bukankah tu hak dia utk dia dpt kepuasan diri?
kalau kita menghalang org lain nak cari Allah,tak ke macam perangai iblis yg halang manusia dari kenal Allah?hari2 kita baca fatihah mintak jauhi dari tergolong dlm golongan sesat,kita sendiri mintak jln lurus setiap hari...maknanya belum tentu kita tak sesat.
kalau sesat macam ayahpin tu tak boleh nak kata apa la.terang2an.tapi ni yg tareqat2 ni,tang mana yg sesat tu bukan calang2 org nak diskas beb.org2 yg dekat dgn Allah saje tau.
pendapat aku la.hehe.sorry no offense.
tadi aku dah komen kat blog perisik rakyat pasal mahaguru58 ni,dia ni tak faham pasal politik tapi dia komen pasal umno dgn pas mcm nak berperang,umno tu terang2 tolak islam walau pun dalam umno tu org islam,takkan pas nak bubarkan pas dan bawak prg pas tu masok umno yg memang terang2 tolak islam,apa nak di herankan pasal pecah belah,sedangkan saidina ali,muawiyah dan saidatina aishah,ketiga2nya tu mempunyai bala tenteranya masing2,berperang dan beribu2 sahabat nabi terbunuh dalam peperangan sesama sendiri,takkan mahaguru58 tu tak kenal dgn,ali,aishah dan muawiyah....aduhai mahaguru jgn le kamu memberitahu kepada rakyat malaysia ni yg kamu tu memang seorang mahaguru yg memang maha tidak tahu
Post a Comment