Hari ni tersebar berita yang Hakim kes Adun Kota Seputih dah ditukar dengan orang lain. Sebelum ni hakim Alizatul Khair yang kendalikan kes tu, tiba-tiba ditukar dengan hakim Apandi Ali pulak. Apa cerita disebalik pertukaran tu tak pulak dibagitau.
Belum apa-apa lagi sudah wujud tangan ghaib dalam kes Adun Kota Seputeh. Semua maklum bahawa keputusan berkaitan kedudukan adun berkenaan akan ditentukan esok. Perkara berkenaan didedahkan oleh Ustaz Nashrudin Tantawi melalui email yang diedarkan oleh Majlis Peguam dan peguam Pas.
Apakah alasan Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes berkenaan sebelum ini iaitu Alizatul Khair digantikan dengan Datuk Apandi Ali? [angkasanuri]
Apa cerita pun, aku yakin akhirnya hakim akan buat keputusan yang YB Abu Hassan Sarif masih ADUN Kota Seputih yang sah.
Pasainya, sebelum ni Muhyddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno dah pun tolong buat keputusan untuk hakim. Dia dilaporkan bagi arahan kepada Abu Hassan untuk hadir jugak ke sidang Dun Kedah hari Selasa ni 17 November, padahal mahkamah akan bersidang dan dijangka buatkeputusan pada hari Isnin 16 November.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan Selasa ini.
Katanya walaupun Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai ADUN, namun Barisan Nasional (BN) memegang prinsip apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.
"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. [malaysianInsider]
Jadinya, 'by hook or by crook' Abu Hassan Sarif mesti disahkan jugak masih Adun yang sah. Kot manapun, mahkamah mesti mengakui 'keputusan' yang Muhyiddin dah buat. Aku yakin 'mahkamah' tak berani nak lawan ketetapan Timbalan Presiden Umno, sekurang-kurangnya selagi Umno masih lagi berkuasa.
Memang la sepatutnya benda berkenaan Sidang Dun, speaker yang berkuasa, tapi nak buat macamana, dahmemang jadi semacam 'undang-undang' tak bertulis, arahan pimpinan Umno mengatasi segalanya di Malaysia ni.
Jadinya, para penyokong Abu Hassan boleh la bersedia, 'warm-up' untuk julang Abu Hassan sekali lagi lepas ni.
15 November 2009
Kota Siputeh - Hakim Ditukar, Keputusan Berpihak Kepada BN
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment