BlogList Malaysia

11 November 2009

Kickdefella Menjadi Mangsa Fitnah

Ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) baru-baru ini, seorang pegawainya dipecat serta merta semalam.

Pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (foto) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun menafikan pemecatannya semalam ekoran tindakannya membuat laporan terhadap SPRM berhubung dakwaaan penyelewengan yang beredar di blog-blog.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman - yang juga menantu kepada menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat - sebelum ini dituduh melakukan pecah amanah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Azidi juga menafikan memberi maklumat dalaman kepada ADUN Neggiri Mohd Yusoff Ab Ghani daripada BN berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

"Saya jumpa Tok Guru (Nik Aziz) semalam. Setiausaha politiknya pun ada sama. Saya minta Tok Guru ajar cara bersumpah mengikut syariat. Saya ingin bersihkan nama saya," katanya.

Syed Azidi yang mengaitkannya pemecatannya dengan politik dalaman di perbadanan itu juga mendakwa, seorang yang rapat dengan Nik Aziz menjadi dalang di sebalik pemecatannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Nik Aziz berhubung pemecatannya itu kerana mendakwa sentiasa setia dengan kepimpinannya.

"Boleh jadi Tok Guru pun tidak tahu dengan pemecatannya saya. Beliau mungkin diberi maklumat yang salah," jelasnya.

Syed Azidi mendakwa, sejak berkhidmat pada 17 April 2006, pihak tersebut telah cuba menyingkirkannya beberapa kali, antaranya dengan mempengaruhi pentadbiran PMBK supaya menarik balik kemudahan pejabatnya di Kota Bharu tahun lalu.

Beliau juga mendakwa sudah lama tidak dijemput menghadiri mesyuarat pengurusan PMBK kerana sering menegur kepincangan pengurusan GLC negeri itu, seperti pengurusan khairat kematian penduduk.

Kontrak Syed Azidi - yang juga penulis blog popular Kickdafella - dengan perbadanan tersebut sepatutnya tamat pada April tahun depan.

Katanya, satu sidang akhbar bagi membersihkan namanya telah dibuat di Kota Bharu pagi tadi.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas