Ini kerja Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kerajaan negeri tidak boleh masuk campur, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr. Hasan Ali merujuk penahanan bekas Mufti Perlis malam tadi.
Sebaliknya, beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, semua masalah yang berkaitan dengan JAIS perlu dirujuk kepada pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Katanya, ketika ditemui di pejabat beliau di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, disini, selepas mengadakan mesyuarat khas bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi tadi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Gombak Setia juga menegaskan, kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penangkapan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin kerana dikatakan tidak mempunyai tauliah.
Penangkapan penceramah itu dilakukan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang semalam ketika menyampaikan tazkirah kepada lebih 300 hadirin.
02 November 2009
Hassan Ali Nafi Dalang Penangkapan Dr. Asri
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
hassan ali
,
jais
,
maza
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
askum. boleh ke tidak saya dapat tahu dimana pihak anda dapatkan code bagi template blog anda. saya minat dengan templete ini dan dimana boleh dapatkannhya. Email saya : arifgua@yahoo.com
Post a Comment