Yan dapat peruntukan RM1
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian RM1 juta untuk pembangunan daerah Yan sebagai menghargai sokongan rakyat negeri ini yang mula beralih kepada Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata walaupun Kedah ditadbir oleh pembangkang, Kerajaan Persekutuan komited membantu rakyat yang memerlukan pembelaan tanpa mengira keadaan dan kedudukan mereka.
“Kita menyediakan RM1 juta untuk membantu penduduk Yan berikutan ketidakmampuan Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan kepada mereka.
“Macam mana penduduk nak minta tolong daripada Kerajaan Negeri, yang kini didapati tidak mampu menguruskan negeri kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi,” katanya ketika melancarkan Kempen Gerak Mesra 1Malaysia,Kedah Menang Rakyat Senang di Sekolah Menengah Agama Yan di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industria Asas Tani, Datuk Johari Baharom dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof.
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan rakyat di negeri yang ditadbir pembangkang sematamata perbezaan fahaman poliitik sebaliknya akan terus membantu berdasarkan keperluan dan kehendak mereka.
“Kita akan membantu rakyat di Kedah secara berterusan seperti sebelum ini kerana mereka nampaknya makin beralih sokongan kepada BN. Ini perlu untuk menarik lebih banyak sokongan mereka kepada kita,” katanya.
Mengenai program itu, Muhyiddin berkata setakat ini semua pihak termasuk pembangkang tidak pernah mempertikaikannya walaupun tidak menyatakan sokongan secara terbuka.
“Tidak ada parti pembangkang atau wakil rakyatnya yang menolak gagasan 1Malaysia walaupun mereka berbeza fahaman politik dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Anda mungkin juga meminati:
14 November 2009
Gula-Gula Muhyiddin Untuk Rakyat Yan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment