Mamat ostad pelakun terbaik ini lah yang tinggalkan bini lebih dari 3 bulan tanpa nafkah..
Mamat ostad pelakun terbaik inilah yang dikesan bersuka-sukaan di pantai PD dengan bukan muhrim..
Mamat ostad pelakun terbaik inilah yang mengancam nak saman blogger yang didakwa mengutuk bakal bini barunya dulu tuh..
Mamat ostad pelakun terbaik inilah yang buat cerita artis di malaysia terlibat dengan ajaran sesat sampai abang long awie pekida (wing) naik angin..
Penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy menyatakan kesediaannya untuk kembali ke pentas-pentas ceramah bagi menyampaikan dakwah seperti dahulu. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Waheeda di Dewan Gutherie Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam.
"Ya, saya akan kembali ke pentas ceramah seperti dahulu. Sekarang saya dah kenal siapa kawan, siapa lawan," katanya.
Akhil yang popular dengan panggilan Ustaz 'Rock', suatu masa dahulu amat aktif menyampaikan ceramah agama dan mempunyai ramai peminat terutamanya di kalangan remaja disebabkan gaya penyampaianya yang menarik dan mesra remaja.
Bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an ini juga sering menyampaikan ceramah di pentas PAS di seluruh Malaysia.
Malah kehadirannya ke program-program ceramah PAS sering dianggap sebagai nilai tambah kepada parti kerana kelebihan yang dimiliki iaitu suara yang lunak dan sifat humor yang dimiliki.
Anak kelahiran Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng Perak ini juga pernah memberi sumbangan yang besar kepada parti dalam menarik golongan belia dan remaja untuk mendekati PAS yang memperjuangkan Islam.
Beliau semakin mendapat tempat di hati remaja apabila muncul dengan album 'Nasyid Lagenda' yang memuatkan lagu-lagu berunsur dakwah dan Ketuhanan dan seterusnya membintangi rancangan dakwah 'Cafe Akhil Hayy' di saluran Astro Oasis.
ImageBeliau menyampaikan dakwah secara tidak formal melalui rancangan tersebut dan berjaya menarik minat bukan sahaj golongan remaja malah golongan dewasa.
Kesibukannya sebagai artis yang membawa imej Islam dan program berbentuk dakwah menyebabkan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menerima undangan ceramah.
Namun, ditemu semalam, beliau dengan yakin memberi jaminan bahawa beliau akan kembali ke medan ceramah seperti dahulu.
Majlis pernikahan beliau dengan Waheeda yang terkenal dengan lagu 'Wassini' telah berlangsung pada 16 Ogos lalu namun baru sekarang mengadakan majlis resepsi atas permintaan kedua-dua belah keluarga.
Majlis ringkas yang diadakan meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua belah pihak, sanak saudara dan sahabat handai termasuk penyanyi terkenal, Mawi.
"Ikutkan kami hanya nak buat majlis nikah dan makan-makan tetapi atas permintaan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju untuk melakukan majlis resepsi ini.
"Kami bukannya bersanding tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim dan pelamin sekadar untuk bergambar," katanya yang segak berjubah seluar hitam. Manakala Waheeda mengenakan jubah hitam bersama tudung dan 'veil' kuning dengan solekan nipis.
Akhil berkata, beliau bersyukur kerana Waheeda dapat menerima anak-anaknya dan menganggap Waheeda sebagai amanah dari Allah yang harus dijaga sebaik mungkin.
"Selepas berkahwin sekarang, saya tetap 'maintain' macam dulu dan mendambakan keluarga bahagia seperti orang lain..kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan."
Waheeda pula ketika ditanya perasaannya setelah menjadi isteri kepada Akhil melahirkan rasa syukur dan berasa lebih selamat kerana mempunyai suami yang baik dan bertanggungjawab untuk menjaganya.
"Kalau dulu, iman dan nafsu saya berbolak-balik tetapi sekarang banyak yang saya pelajari dari suami seperti tanggungjawab kepada Allah, suami dan keluarga," beritahunya dalam nada gembira.
01 November 2009
Ceh.. Dah Tak Laku Baru Nak Buat Comeback..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
cilaka
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Salam bro, pelik juga ye..... Wahida boleh kata 'antara nafsu dan iman' berbolak balik, dalam pesonaliti bertudung lingkup masih berbelah bagi antara nafsu dan iman.....
Post a Comment