BlogList Malaysia

14 November 2009

Antara Wang Haram Dan Wang Halal

Dalam kegawatan Umno dan media haprak mereka mesensasikan cerita TG Nik Aziz disponsor untuk menunaikan Haji pada tahun ini,menyebabkan beliau atas dasar tanggungjawab yang tinggi sebagai seorang pimpinan yang beramanah telah membatalkan pemergian beliau untuk menunaikan haji pada tahun ini,Walaupun wang tersebut Halal dengan seikhlas hati pemberinya.

Teringat pula wa akan MB Selangor yang lalu Mohd Khir Toyo dan keluarganya menggunakan wang Haram (Tanpa restu Rakyat) beserta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.

Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:

1. Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir – Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.

2. Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.

3. Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.

4. Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Bai : Hebat..hebat..hebat..SPRM buat-buat "BODOH"
ataupun memang "BODOH"..


http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas