SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin tidak mampu berperanan sebagai sebuah badan penguatkuasa secara berkesan sekiranya hanya dibenarkan menyoal siasat saksi semasa waktu pejabat.Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, berpendapat "menghadkan waktu para pegawai SPRM menjalankan tugas hanya akan mengganggu proses siasatan.
Ini kerana katanya, saksi berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti dan lebih buruk lagi melarikan diri semasa penangguhan sesi soal siasat.”
Beliau menambah, SPRM bukan berperanan seperti jabatan pentadbiran, sebaliknya merupakan sebuah badan siasatan profesional yang memerlukan pegawainya bertugas 24 jam.
"Sebagai badan penyiasat profesional, pegawai-pegawai SPRM sepatutnya dibenarkan menyoal siasat saksi secara menyeluruh sehingga selesai. Jika siasatan ditangguh, saksi boleh lari, sorok bukti atau hapuskan keterangan dan ini akan menimbulkan banyak masalah kepada SPRM," katanya.
Berkuat kuasa semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.
Bekas Pengarah BPR Negeri Sembilan itu mengeluarkan pendapatnya berdasarkan "Apa yang dia fikir betul" tanpa berpandukan undang undang. Tanpa mahu dengar kataputus dari hakim yang berpandukan undang undang.
Soalan yang kita timbulkan di sini, "Boleh siapkah sesuatu kes siasatan rasuah itu siap dalam satu malam tanpa bertangguh? Kalau siatan bersambung juga berterusan tiap malam itu juga ertinya bertangguh namanya. Kalau tertuduh nak lari maka dia boleh lari juga. Alasan ini tidak masuk akal. Terlalu dangkal fikiran menganggap tertuduh akan lari. Kenapa tidak pasport tertuduh ditahan sementara kes belum selesai?"
Bagaimana pula tertuduh boleh sorokkan bukti sedangkan bukti tertuduh ada dalam fail SPRM? Menuduh tertuduh menghapuskan keterangan juga satu andaian yang paling bodoh. Kalau andaian itu benar, bererti semua kes jenayah sipenjenayah boleh senang senang hapuskan? Maka semua penjenayah terlepas dari hukuman? Kosonglah selama ini penjara?
Bila keputusan mahkamah menyatakan siasatan kes di luar waktu pejabat menyalahi undang-undang ini bererti 'ada undang-undang' yang tidak membolehkannya. Selama ini polis dan SPRM menyiasat kes tertuduh di luar waktu pejabat, undang-undang mana yang digunapakai?
Pihak SPRM menyiasat di luar waktu pejabat kepada mendiang Teoh Beng Hock, cara demikian adalah menyalahi perundangan, SPRM boleh didakwa oleh keluarga Teoh untuk ganti rugi dan mengarahkan Ketua SPRM Datuk Said Hamdan dipecat dari jawatan kerana telah salah menggunakan kuasanya di luar undang-undang?.
sabahkini
21 November 2009
Ahmad Said Patut Dipecat Dari Jawatannya
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
sprm
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment