BlogList Malaysia

16 October 2009

Zaid Ibrahim Keluar PKR??

SEMALAM saya menerima satu SMS ringkas dari Kota Bharu Kelantan yang memberi tahu Dr Rosli Alani Abdul Kadir (foto) tidak lagi menjadi Pembantu Khas (PA) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat, Husam Musa.

Bila saya menghubungi semula pengirim SMS itu bertanya sebab musababnya, dia tidak mencerita dengan jelas. Cuma menyebut Husam katanya ada lempar fail kepada Dr Rosli. Wah... kenapa sampai baling-baling fail pula. Itu bahaya kalau isi fail itu terburai dan kebetulan ada yang confidential parah nanti kalau diketahui umum. Bak lempar fail ini macam perangai Anwar Ibrahim semasa menjadi TPM dulu saja bunyinya. Anwar juga pernah baling fail di depan Abdullah Badawi dalam mesyuarat perhubungan Umno Pulau Pinang.

Azalina Othman Said bekas Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancungan juga dikatakan pernah membaling fail. Setiap kali hendak adakan mesyuarat dengan menteri para pegawai kementerian berdoa panjang agar tidak kena herdik dan dibaling fail oleh Azalina. Apakah Husam juga turut sama main baling-baling fail? Jangan...

Tidak pula dibilang sebab musabab kenapa Dr Rosli tidak lagi bekerja. Apakah ianya dipecat kerana melakukan penyelewengan atau pun kerana tidak tahan dan tidak sesuai berkhidmat dengan Husam ataupun telah melakukan pecah rahsia Husam tidak juga dimaklumkan.

Mungkin cerita itu tidak penting sebab soal berhenti atau kena berhenti perkara biasa saja. Sebelum ini pun dua orang yang pernah menjadi PA kepada Husam tidak lagi berkerja dengannya. Tidak pula diketahui apakah kedua-dua PA itu diberhentikan atau pun mengambil keputusan mengundur diri atau kerana diletakkan di tempat yang lebih selesa dan lumayan bagi menjaga periuk nasi politik Husam. Bukan itu saja, dua orang yang pernah menjadi driver peribadinya juga turut sama tidak berkerja dengannya. Ini bermakna sudah empat orang yang menjadi pegawai atau pembantu peribadinya tidak berkerja dengannya. Umur perkhidmatan mereka dengan Husam nampaknya tidak panjang.

Mungkin arahan-arahan diluar tugas dan tangungjawab seperti itulah menyebabkan Dr Rosli merasakan tidak betah dan tidak sesuai untuk menjadi penunggu di kamar Exco berkenaan. Atau ada masalah lain yang masih terungkit dan terbongkor. Sementara waktu ini katanya jawatan PA Exco seorang ini dipangku oleh seorang bloger bertaraf internasional di Kelantan.

KOMEN : BEST JUGA CERITA BALING-BALING FAIL NI...TERINGAT DULU MASA KERJA DI MULTINASIONAL COMPANY...BOS YANG SUKA BUANG FAIL IKUT EMOSI MESTI TAK TAHAN LAMA.....


Sumber - 1-malaysia.blogspot.com

1 Komen :

Pemburu Syahid October 16, 2009 at 6:17 PM  

Salam ya akhi.....

Anta silap nih. Tajuk lain dan isinya lain.

Citer nih citer lama. MSO yang buat huru hara dulu.

Jangan siarkan cerita yang sumber dari sumber tak sahih nih.

Pls.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas