Masa aku kecik lagi, mak dan bapa aku adalah penyokong kuat PAS. Kampung kami masa tu, majority penduduknya Umno. Kiranya, kalau ambik pisau motong getah dan toreh tangan depa, for sure keluar darah warna biru pekat BN punya. Keluarga aku adalah termasuk dalam kumpulan minority penyokong tegar PAS. Tapi aku bangga, sebab selalunya waktu masa penyampaian hadiah di sekolah, anak orang Umno selalu kantoi dan anak-anak orang PAS termasuk aku, selalu dapat hadiah…No. 1 dalam kelaslah, kerajinan lah dan macam-macam lagi.
Aku masih ingat, waktu tu aku pernah kena kutuk kaw-kaw punye sebab sokong PAS. Woii…umur aku masa tu baru 9 atau 10 tahun, aku dah sokong PAS. Kawan aku ejek, dia kata hang sokong PAS…hang tau tak…PAS tu Parti Angkatan Syaitan! Woiiii…sejak kecik aku dah kena belasah ngan member sebab sokong PAS…aku tak tau lah orang lain…
Bila aku besar, aku tak puas hati jika hanya menyokong membabi buta. Aku pun joint kuliah agama di markaz PAS, lepas tu associate diri dengan jamaah dan ikut usrah dan akhirnya aku dilantik menjadi AJK – sama ada di peringkat cawangan mahu pun kawasan. Bahkan aku yakin, nama aku akan disenaraikan ke peringkat lebih tinggi satu masa nanti, mungkin aku jadi AJK lujnah negeri dan sebagainya. Tapi aku berpindah kawasan, ke luar negeri dan akhirnya aku jadi slow sikit.
Aku ambik keputusan joint PAS setelah aku puas hati dengan pelbagai persoalan. Pertama, kenapa PAS ditubuhkan? Kedua, apa dasar PAS? Ketiga, apa matlamat PAS? Maknanya, aku bukan main sain borang PAS kerana ikut-ikut, tapi aku dah studi dulu. Aku bukak buku, baca buku tentang jamaah Islam, baca Perlembagaan PAS, baca seerah nabi dan macam-macam, lepas tu buat discussion dan akhirnya baru aku bai’ah diri aku masuk PAS. Woi…aku dah bai’ah bersama PAS…tapi aku tak bai’ah bersama Hj Hadi atau TGNA…sapa-sapa jadi pemimpin aku follow selagi depa tak seleweng.
Bila aku dah bai’ah bersama PAS, aku makin dalamkan ilmu tentang jamaah. Dua jilid buku seerah yang Hj Hadi karang aku baca dan hadamkan, buku-buku yang Hj Hadi tulis, Harun Taib tulis, allahyarham Ust Fadzil tulis, TGNA tulis dan ramai lagi yang dikarang oleh ulama haraki…aku baca dan baca. Aku tak nak ikut sebab emosi, sebab simpati atau sebab-sebab lain…tapi sebabnya Islam. Aku tau ada hadis nabi yang menyuruh kita berpegang dengan jemaah Islam…talzamu biljamaatin wa-ima-mahum…ini hadis riwayat Huzaifah al-Yaman…sama macam nama aku…he…he…bangga sat hati aku…dan aku pegang sungguh-sungguh hingga la ni…
Soalan aku:
1. Sesetengah pemimpin PAS hari ini, khususnya yang BERMASALAH…depa ni faham ka erti menggabungkan diri dengan jamaah a.k.a PAS?
2. Apakah niat dan maksud depa ni masuk PAS?
3. Apakah depa ni sudah ditarbiyyah hingga layak memegang jawatan tertinggi seperti PJ negeri?
4. Adakah PAS hari ini benar-benar berjalan sebagai sebuah jemaah Islam?
5. Adakah salah kita menegur kepimpinan Islam?
Wallahua’lam!
Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
30 October 2009
Siapa aku & kenapa aku belasah pemimpin PAS?
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
perak express
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Komen :
skrg ni ramai yang dalam pas dengan fahaman masuk parti politik dan bukan masuk gerakan islam
tu yang perangai tak beza dengan umno
mungkin sedara huzaifah kenal pas sewal usia 9 tahun,berbanding ayah aku,kemungkinan mengenali pas usianya dlm lingkungan 30-an atau akhir 20-an.dia join abim dulu,mcm pak sedara aku (arwah dah)iaitu abg ipar dia,br dia rapat dgn pas.melalui penceritaan dia sendiri,aku dpt simpulkan perkenalannya pd pas adalah cintanya pd islam.ayah terbuka pd isu semasa yg berkait dgn pas,cthnya:ada setengah ahli pas sendiri bersifat perkauman,lalu cukup keras menentang hubungan dgn dap,tp ayah tak.wlupun dia bukannya profesional,atau golongan ulama',dia hanya juai paper je(utusan pon sekali dia juai..ekekek)tp aku rasa dia lebih profesional dlm menerima keputusan parti,drp sesetengah pemimpin.
di perak,di kampung aku,ayah bgtau,org india disini ada bg respons keputusan di bagan pinang aritu,depa kata,klu kt sini,bn abis la...kami x mcm di bagan pinang nun.buktinya,tgk shj keputusan di bukit selambau,apa yg berlaku disebalik keputusan tu,pi tanya sami vellu,org india suka dia x kt sana?
x dak sapa kata slh utk berjumpa dgn umno,tp slhnya wat apa p jumpa senyap2?knp nak nafikan?org dh undi kita,dan lbh penting bukan islam sanggup undi pas,dan utk apa hangpa p jumpa umno senyap2?ni yg aku kata ayah aku lg profesional drp depa2 ni.kita kukuhkan parti islam antaranya nak bg org bukan islam dekat dgn kita,knp kita cuba hancurkan semua ni?ini tg nik aziz mrh.majoriti dh setuju dlm muktamar utk kukuhkan pakatan,knp khianat keputusan ahli sendiri?nak wala'pd pemimpin mcm ni?wala' kepala hotak!aku dh menyirap sbb selalu dok pertahankan pas dan pakatan,tp pemimpin mcm kali hamput.letih tau x jwb fitnah puak2 umno ni!letih tau x pertahankan kepimpinan pas ni!letih....
saya juga masuk Pas zaman era awal kepimpinan ulama, ikut usrah mingguan dan bertamrin. Kasih kepada pimpinan dan perjuangan ini. Ramai sahabat dan kenalan yang cicir kerana kelayakan untuk jadi ahli jamaah ini sangat ketat, iaitu mesti solat, keluarga jaga aurat dan ikut program parti. Kerana itu ramai tak minat kat Pas dan hanya yang berjiwa Islamic sahaja bertahan. Sebab itu bagi kawasan barat, orang luar sukar nak duduk bersama Pas. Kita diperhina kerana perjuangan ini.
Bila berlaku tsunami 1998/99 iaitu Era DSAI, berbondong-bondong penyokong DSAI dari UMNO atas pagar masuk PAS. Hatta hingga pondan kat Chow Kit Rd pun dikatakan ambil borang Pas. Ramai seteru kita terdahulu spt bebudak Abim, Jim/IRC dan Arqam menyelinap masuk Pas. Mereka bawa agenda tertentu dan terlepas dari pentarbiahan ahli-ahli Pas yang lama. Ramai yang mengambil alih pimpinan Cawangan dan Kawasan secara halus sehingga ramai sahabat-sahabat lama beruzlah lantaran kemasukan ahli-ahli bar berbagai fikrah ini. Mereka inilah yang dicalonkan sbg YB dan dilantik peringkat Pusat tanpa merasai kepayahan. Memang kita harap mereka mampu lahir sbg Sy. Omar Alkhatab setelah masuk Islam tetapi malangnya mereka tidak duduk di bawah pentarbiahan pimpinan. Saya anggap mehnah yang berlaku sekarang adalah penapisan sbgmana yang pernah berlaku dahulu iaitu kisah menolak kumpulan IRC, JIM....
"Yang bermasalah" - adakah maksudnya TGNA? Sebutlah sorang dua supaya senang untuk difahami. Suka atau tidak suka, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa TGNA pada zahirnya ada masalah dengan kepimpinan lain. Kalau TGNA yang dimaksudkan, zahirnya TG memang faham sangat-sangat erti pergabungan tersebut dari segi ilmu tapi zahirnya kurang mantap dari segi amalan. Ada arahan/larangan penting dilanggar begitu sahaja. Disiplin bermesyuarat agak longgar sehingga banyak butiran mesyuarat tidak diketahuinya - dari segi kehadiran dan keberadaan. Disiplin berblog juga agak longgar. Ada hal yang tidak patut dihebohkan kadangkala diblogkan juga, dibaca oleh teman dan musuh.
Sifat kecaknaan TG telah mengheretkannya ke kancah prejudis dan zhann terhadap sesama ahli yang zahirnya masih tidak hilang-hilang.Semoga sedikit coretan ini dapat mengislahkan diri ini dan sesiapa yang merendah diri kepada tuhannya..kerana kita bukan maksum, kadang-kadang niat baik kita ditipu oleh amalan kita. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
Kalau yang dimaksudkan bermasalah itu orang lain, saya tidak nampak masalahnya itu betul masalah. Zahirnya cuma kaedah pendekatan sahaja..ibarat 4 mazhab fiqh yang masyhur...manapun yang diikut kita masih lagi dari fiqh ASWJ. Kita tidak patut bersikap seolah-olah pendekatan kita sahaja satu-satunya yang betul. Lain keadaan, lain pendekatannya. Walau apapun, penduduk Mekah lebih mengetahui akan lorong-lorongnya.
Post a Comment