BlogList Malaysia

22 October 2009

Pas Sedang Menuai Hasil Dari Kerja Bodoh Puak Pro UG

Kedatangan Orang Bukan Islam ke Rumah Terbuka PAS Menyedihkan

Ini berita gembira kepada “Geng-Geng” Terengganu dan Fraksi UMNO yang menguasai PAS sekarang. Usaha mereka memurnikan PAS dari pengaruh “Cina” dan “India” telah berjaya. Hasil dari tindakan agen mereka di Selangor dalam isu SELCAT dan “Kepala Lembu”, sokongan orang bukan Islam kepada PAS telah JATUH KETARA SEKALI.

Apabila PAS mengatakan PAS lebih suka menyokong pegawai kerajaan yang korup berbanding SELCAT kerana pegawai2 kerajaan ini adalah MElayu dan SELCAT dipimpin Cina, maka pengundi Cina mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari PAS.
Dalam isu “Kepala Lembu” pun, pimpinan2 PAS PUsat “SENYAP SUNYI TAKDA ORANG”, maka pengundi India pula merajuk kepada PAS.

Pengundi Cina dan India Telah Meninggalkan PAS

Petanda pertama adalah pilihanraya Bagan Pinang di mana PAS kalah di SEMUA PETI2 UNDI CINA dan INDIA. Petanda kedua adalah Hari Terbuka PAS Pusat sempena Hari Raya Aidil Fitri di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibilang dengan jari. Tidak seperti tahun lepas di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibanggakan, tapi tahun ini kedatangan mereka amat memalukan PAS.

Kalau tiada tindakan drastik dari PAS, akan ada lagi petanda-petanda susulan dari orang bukan Islam yang akan berakhir dengan PAS kalah di kebanyakan kerusi yang akan dipertandingkan.

Saya tidak terkejut kerana semenjak menang lagi pada 2008, kepimpinan PAS Pusat telah mengambil sikap anti-Cina dan anti orang bukan Islam. Dato Hasan Ali telah sewenang2nya memainkan isu perkauman bermula dari isu perlantikan Madam Low sebagai Pengerusi PKNS (walaupun selepas itu beliau berjaya ‘cover’).

Selepas itu beliau mengamuk pasal isu arak dengan membuat kenyataan tanpa mengira sensitiviti kaum di Selangor dan menyuruh Ronnie Liu letak jawatan. Selepas itu dalam isu Kepala Lembu dan Kuil S23 yang beliau ambil keputusan untuk BERDIAM DIRI SAHAJA walaupun jelas telah berlaku penghinaan kepada agama Hindu tanpa provokasi.
Malahan dalam isu pembunuhan Teo Beng Hock juga telah melihatkan sikap Hasan Ali dan Presiden PAS berdiam diri seribu bahasa. Presiden PAS lebih rela mengeluarkan kenyataan berkenaan wabak H1N1 dari mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan pembunuhan kejam Teo. Hari ini, setelah ada laporan dari dr patalogi dari Thailand pun, Presiden serta Hasan Ali membisu seiribu bahasa.

Kemuncak “pengkhianatan” PAS kepada orang bukan Islam adalah apabila Hasan Ali menyokong pegawai2 kerajaan dan menghentam SELCAT yang cuba untuk menyiasat salah guna kuasa dan korupsi melibatkan para pegawai kerajaan.

Polisi Anti Cina dan Anti Orang Bukan Islam serta Polisi Hidup Melayu Fraksi UMNO Mula Membuahkan Hasil

Apabila PAS dibawa ke arah menguatkan Melayu dan membuang “PAS for ALL” seperti sekarang ini, maka secara otomatik orang bukan Islam lari dari PAS. Ia adalah proses yang semulajadi dan tidak dapat dibendung lagi.

Pemimpin-pemimpin PAS yang berasal dari Terengganu ini lupa, sebagaimana mereka lupa pada 2004 dahulu, bahawa kemenangan PAS adalah natijah dari sokongan orang bukan Islam dan bukan MElayu dan bukan sokongan orang Melayu.
Geng2 Terengganu sebelum 2004 beriye-iye mengatakan bahawa kemenangan mereka 1999 adalah atas penerimaan rakyat Terengganu pada mereka. Malahan, dalam ucapan-ucapan tertutup mereka, dengan bangga mereka berkata rakan-rakan dalam Barisan Alternatif tiada hak untuk mempersoalkan polisi Terengganu kerana kerajaan PAS Terengganu adalah kerajaan PAS dan bukan Barisan Alternatif.

Hasilnya, pada 2004, PAS Terengganu tersungkur menyembah bumi. Dari kerajaan yang menguasai 2/3 DUN, mereka hanya tinggal 4 kerusi DUN yang mereka menang dengan majoriti tipis.

Geng Terengganu Mahu Mengekspot Kekalahan Mereka ke Seluruh Malaysia
Sekarang ini, “geng2” Terengganu yang menguasai Presiden sekali lagi melupai siapa yang memenangkan PAS. Mereka membiarkan agen2 mereka melakukan perkara2 yang menggugat perasaaan dan sensitiviti kaum2 yang memenangkan PAS.

Benar kata Dr Aziz Bari bahawa tidak akan ada apa-apa tindakan yang diambil keatas Hasan Ali sama sekali. Ini kerana Hasan Ali adalah regu kepada “Geng Terengganu” dan Fraksi UMNO yang menguasai Presiden sekarang ini. Mustahil Hasan Ali akan diambil apa-apa tindakan ke atas beliau walaupun jelas tindakan Hasan Ali telah MERUGIKAN PAS.

Mereka ini mengawal PAS dengan bergantung kepada jubah Presiden rela mengekspot kekalahan PAS Terengganu ke seluruh Malaysia demi memastikan mereka terus kekal mengusai PAS, Harakah dan sebagainya.

Malahan, Timbalan Presiden PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada tindakan Hasan Ali yang jelas merugikan PAS dan merugikan perjuangan Islam.

Imej PAS sekarang adalah PAS mengharamkan beer tapi menghalalkan korupsi. Jadi, apa sebab orang Cina mahu menyokong PAS. Dan kegagalan PAS memperjuangkan HAK (bukan keistimewaan) orang India dalam isu kuil S23 pun menjauhkan orang India kepada PAS.
Fraksi UMNO dan Geng Terengganu Tidak Menyayangi Parti, tapi Hanya Kepentingan Mereka
Kepentingan parti adalah yang terakhir dalam minda mereka. Biarlah PAS kalah seribu pilihanraya pun, mereka tetap dengan cara mereka dan mereka akan pastikan PAS tunduk kepada kehendak dan kemahuan mereka.

Mereka mengawal PAS dengan bergantung kepada jubah Presiden rela mengekspot kekalahan PAS Terengganu ke seluruh Malaysia demi memastikan mereka terus kekal mengusai PAS, Harakah dan sebagainya.

Mereka jugalah dibelakang idea “Kerajaan Perpaduan” yang sangat-sangat tidak praktikal dan tidak ada kebaikan kepada rakyat negara ini.
Syabas. Orang bukan Islam sudah meninggalkan kita. Dan orang Melayu pun tidak akan datang kepada PAS kerana kalau hendak memperjuangkan Melayu, mereka lebih baik menyokong UMNO

Tulang Besi

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas