Barisan Nasional (BN) sedia menimbang untuk membantu wakil-wakil rakyat Bebas yang menyokong parti itu dalam menjalankan tugas mereka bagi menjamin kepentingan rakyat tidak terjejas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN sedia menimbang perkara tersebut sekiranya ada permintaan daripada wakil-wakil rakyat Bebas tersebut.
Ia bertujuan untuk membantu melicinkan tugas mereka demi menjaga kepentingan rakyat, katanya kepada para pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Kolej Marlborough di Iskandar Malaysia, di sebuah hotel di sini.
Ketika diminta menggulas mengenai Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas yang menyokong BN, Muhyiddin berkata: "Kenyataan Badrul yang hilang kepercayaan terhadap kemampuan kepimpinan dan kewibawaan pemimpin PKR punca beliau berbuat demikian menandakan kepimpinan PKR semakin meruncing sekarang,"
Badrul Hisham membuat kenyataan tersebut di ibu negara semalam.
Muhyiddin berkata pengakuan Badrul Hisham itu mempunyai makna yang amat besar terhadap tahap kepimpinan pemimpin parti pembangkang itu sehingga mereka sendiri hilang keyakinan.
Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya Badrul Hisham tidak "kompeten" dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, Muhyiddin berkata ia hanyalah dalih Khalid bagi mengabui kenyataan kepimpinannya (Khalid) sendiri yang lemah.
Ketika diminta mengulas dakwaan kononnya BN merasuah Badrul Hisham supaya bertindak demikian, Timbalan Perdana Menteri berkata ia merupakan suatu tohmahan semata-mata kerana mahu menjadikan BN sebagai "kambing hitam" apabila parti pembangkang itu sendiri yang menghadapi masalah kepimpinan.BERNAMA
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
4 hours ago
2 Komen :
APA KENA MENGENA DENGAN KES LIWAT ANWAR YANG BELUM DI BICARAKAN ? APA JENIS MANUSIA DIA NI ?
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kerja Mudah untuk mendapat dana dari kerajaan Be end dan tak payah nak sujud ,tak payah berdoa siang dan malam .Cuma keluar je dari Pakatan Rakyat dan cuma ambil lima minit untuk berucap di depan Media Arus Perdana " Saya dah tak sebulu dengan Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat , Saya akan jadi Parti Bebas dan cenderung atau berkiblat kepada Kerajaan Be end. E2 sahja so simple menjana Fulus.
Post a Comment