Kit Siang dakwa Musa Hasan gagal KPI
Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mendakwa Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya satu pembohongan semata-semata.
Kit Siang berkata, kerajaan tidak serius dalam memnuhi KPI apabila terus menyambung kontrak Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hasan sedangkan sebahagian besar masyarakat awam membantah perlanjutan kontrak itu.
Musa tegasnya telah gagal memenuhi KPI khususnya melihat kepada kadar jenayah yang meningkat, kegagalan membanteras rasuah dan melindungi hak asasi rakyat.
Menurutnya, berdasarkan kajian pendapat orang awam yang dibuat oleh KDN sendiri menunujukkan hanya 1 peratus rakyat yang berasa selamat daripada kejadian jenayah.
"Ini bukan angka yang saya keluarkan sendiri. Tapi dari public opinion yang dibuat oleh KDN.
"Bukankah Musa telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya apabila dibuktikan dalam ranking ekonomi dunia, Malaysia jatuh tiga tangga antara sebabnya ialah kerana masalah jenayah di Negara ini," katanya.
"Macammana Musa boleh dilantik lagi.Ini menunujjakan KPI yang diperkanalkan hanya bonong dan kosong sahaja," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam soalan tambahannya setelah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusuf menjawab soalan lisan beliau di parlimen pagi tadi.
Kit Siang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab tempoh perkhidmatan dilanjutkan dan berpendapat Musa perlu memberi laluan kepada pegawai lain yang lebih berwibawa untuk memegang jawatan tersebut.
Abu Seman bagaimanapun berkata, Kit Siang dan Pakatan Rakyat sengaja mencari isu untuk dipolitikkan.
Sementara itu, Datuk Mohamed Abdul Aziz (BN Sri Gading) bangun menyokong jawapan Abu Seman dan menuduh Kit Siang berbohong mengenai fakta hanya 1 peratus rakyat berasa selamat.
Kit Siang turut mempertikai jawapan Abu Seman yang hanya menyatakan angka jenayah yang berlaku pada setiap tahun bermula 2006 ketika Musa mula dilantik sebagai KPN tetapi tidak menyatakan indeks kadar jenayah dalam tempoh 3 tahun ini.-hrkh
Bayi ditemui dalam kotak di medan selera
6 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment