Salam 2 all.
Saja nak siarkan gambar-gambar sekitar 'eidulfitri di kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu. Kata orang, sekeping gambar membawa beribu ma'ana. Alhamdulillah saya sempat menziarahi kedua-dua kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu. Daripada Pekan Kulim ke Terap, Badlishah, Sg. Tengas, Kg. Lobak, Ulu Mahang, Kuala Dingin, Pekan Selama, Kg. Sg. Salleh, Lubok Buntar, Serdang, Parit Nibong, Bandar Bharu, Junjong, Ayer Merah, Taman Jati, Taman Bersatu dan singgah menyinggah dibeberapa tempat (walaupun tak sempat makan minum), tapi sempatlah agih-agih duit raya. Kata orang, rabak jugaklah poket. Mau tak, sekali jalan duit raya dan sumbangan saja dekat RM3,500-00 yop!! (Tu tak termasuk yang diagihkan melalui pegawai-pegawai dan wakil-wakil saya. All in belanja raya di Kulim Bandar Bharu sahaja lebih RM10k lah jugak). Apa pun, saya ucapkan syukour kepada ALLAH kerana dapat juga beraya di Kulim Bandar Bharu. Bagi yang mana saya tidak sempat ziarah, saya pohon ampun dan ma'af. Insyallah akan datang kita beraya sama.
Taqobbalallah huminkum.
ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, WALILLAH HIL HAMD
Zulkifli Bin Noordin
Soalnya perlukah yb Zul menghebahkan jumlah sumbangan / sedekah 'ikhlas' yang diberikannya kepada penduduk2 di parlimennya? Teringat pulak lirik lagu Herman Tino yang bertajuk 'Derma Bukan Tontonan'.. Mungkin yb Zul pernah dengar lagu ini..
Sorokkan tangan kiri
Derma bukan tontonan
Lakukan dalam sepi
Sematkanlah keikhlasan Huraikanlah kebuntuan
Kerana sesuatu suratan kehidupan
Mengharap dan dipinta bantuan
Harta bukan milikmu
Untukmu hanya rezeki
Terkurang himpun lagi
Terlebih memberilah
Begitu lebih kurangnya
Sedikit tulisan janji
1 Komen :
Niat nak menunjuk-nunjuk le tu.. Dulu cakap tak ada peruntukan. Ini duit raya ni peruntukan dari mana pulak ni? YB Lunas sponsor ke? Maklumlah YB Lunas dah kaya raya sekarang ni..
Post a Comment