BlogList Malaysia

22 October 2009

Kedah Bayar Hutang Kerajaan Pusat RM10 juta



Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menunjukkan rekod cemerlang pemerintahan apabila kesemua kerajaan tersebut berjaya membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Terbaru, kerajaan Kedah yang di pimpin Menteri Besarnya Dato' Seri Azizan Razak telah berjaya membayar hutang peninggalan Umno-Barisan Nasional (BN), walaupun baru sahaja menerajui tampuk pemerintahan sejak Mac, 2008.

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekan Manir, dekat sini, 16 Oktober lalu.

”Tengok (negeri) Kedah, sebelum kita menang, sebelum Dato’ Seri Azizan jadi Menteri Besar, Kedah berhutang RM2 bilion dengan kerajaan pusat,

”tahun ni buat kali pertamanya, Kedah membayar (hutang sebanyak) RM10 juta,”katanya

Menurutnya, perkara tersebut telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, apabila mendengar laporan tersebut, Najib ’berasa malu’ terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, akhirnya bertanya kepada Menteri Besar Selangor, bilakah Selangor akan membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Hasrat ’menutup malu’ dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dipulangkan ’paku buah keras’ oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

”Kerana ’tidak ada arah’ akhirnya pusing ke arah Menteri Besar Selangor, lalu bertanya, bila Selangor mahu bayar hutang,

”Menteri Besar Selangor menjawab ’dengan cerdik’ dan berkata, hutang kita (negeri Selangor) bukan saya yang buat, tapi milik anak’Toyo’ (Dato’ Seri Mohd Khir Toyo) sebelum ini,”jelas Nik Amar.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno-BN adalah negeri yang paling teruk berhutang namun tidak pernah membayar hutang.

Sebaliknya berdasarkan rekod yang disemak Buletinonline, negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS telah berusaha membayar hutang kerajaan, walaupun hutang tersebut telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN. Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2008, Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membayar

sejumlah RM220 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan bermula tahun 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.


Buletin online

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas