Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendesak kerajaan berhenti dari terus mengikis kekayaan dan keuntungan Petronas kerana ianya mengakibatkan pembaziran kepada ekonomi Petronas.
Timbalan Pengerusi DAP Selangor itu berkata, keuntungan Petronas didakwa merudum dalam beberapa tahun lalu dan kini syarikat cari gali minyak itu berhadapan masalah untuk memperoleh pendapatan negara.
Menurutnya, tindakan ini telah merugikan Petronas yang seharusnya menjadi salah satu syarikat minyak antarabangsa yang mampu bersaing dengan syarikat dari negara lain.
”Sumbangan Petronas kepada ekonomi negara telah meningkat dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM43.9 bilon pada 2006 dan sepatutnya keuntungan Petronas meningkat sehingga RM67.8 bilion pda 2009.
”Keputusan yang mengejutkan adalah penurunan secara drastik kepada keuntungan yang diperlukan untuk pelaburan semula," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
Beliau berkata, dari tahun 2001 sehingga 2006, kos operasi bagi Kerajaan Persekutuan hanyalah sebanyak RM78 bilion tetapi pada tahun 2009 ianya telah meningkat sebanyak RM10 bilion.:
Menurutnya, perbelanjaan operasi termasuk kos perkhidmatan, bekalan, bayaran perkhidmatan hutang dan emolumen, dan dikira untuk hampir 75 peratus jumlah bajet bagi tahun lalu.
Beliau berkata, ahli ekonomi telah mendefinisikan sekiranya bajet berada pada satu keadaan yang mencemaskan sebanyak 9 peratus, kos operasi yang telah bertambah adalah ada kaitan kerana rasuah.
”Ini menghasilkan tindakan menghakis keuntungan Petronas yang tidak dapat dielakkan,” katanya.
-kedahlanie-
24 October 2009
Berhentilah Dari Mengikis Kekayaan Petronas..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
petronas
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment