BlogList Malaysia

10 September 2009

Zulkifli Noordin Semakin Merapu Dan Meracau

APA DAH JADI DENGAN ZUL NI?

Salam Ramadhan,

Malam tadi saya telah membaca satu posting baru dari blog YB Kulim, Zulkifli Noordin. Belumpun habis membaca, saya dah tersentak. Betul ke dia ni? Kali ni beliau benar-benar menulis berpandukan emosi, bukan fakta. Ianya berkaitan dengan isu kuil di Selangor, dan beliau seolah-olah mahu menyalahkan pihak pemimpin kerajaan Selangor, khususnya YB Khalid Samad.

Memang selama ini kenyataan Zulkifli Noordin selalu melawan arus. Saya pun selama ini banyak menyokong beliau kerana sikapnya yang lantang apabila berbicara tentang Islam. Tapi kali ni memang beliau dan benar-benar merapu, dan saya rasa agak kecewa. Beliau ulas seolah-olah beliau tu orang Shah Alam dan exco Selangor. Kenyataan beliau juga cuba melindungi puak-puak demonstran kepala lembu dan bersimpati dengan mereka kerana dihadapkan ke mahkamah.

Beliau juga seolah-olah cuba menabur fitnah dengan mengatakan ada wakil India yang menghina azan sewaktu dialog di Wisma MBSA dan mendakwa kuil yang bakal dibina itu kuil yang besar. Mana YB ni dengar cerita? Atau sekadar kutip dari berita pencacai UMNO? India itu kata, mereka boleh tahan dengar azan setiap hari - maksud dia, dia mahu orang Melayu pun bertoleransi dengan penganut Hindu yang mahu beribadat. Adakah itu satu kenyataan menghina azan?

Sebaliknya beliau cuba membela puak-puak UMNO lembu yang kurang ajar sewaktu dialog tersebut. Beliau juga kata ada pak janggut yang sanggup membaca ayat al-Qur'an untuk mempertahankan kuil - merujuk kepada YB Khalid Samad. Tak tahulah apa nak diulas lagi. Penulisan peguam ni memang telah membuatkan saya berbulu. Beliau juga telah menukar nama Selangor menjadi Darul Takbeer. Atau Zulkifli Noordin ni yang mabuk beer sewaktu menaip entri tersebut? Saya paling tak tahan dengan ayat yang paling bawah yang berbunyi :

Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini. Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!

Amboi cantiknya bahasa. Seterusnya penjenguk ulas lah sendiri. Tak tahu apa nak dikata lagi dengan YB yang seakan-akan mahu satu kapal dengan Ibrahim Ali sang Salentia tu. Malam tadi lepas baca posting tu, saya terus membelasah beliau di melalui Facebook beliau. Tak tahulah dia baca atau tak. Biasanya dia ni jenis tak balas komen.

* http://reformisjalanan.blogspot.com

1 Komen :

Unknown September 10, 2009 at 3:07 PM  

Salam. Samala saya pun ada komen dalam blog beliau tentang isu ADUN Lunas dulu, tapi sampai sekarang tak pernah zulkifli nordin tu publish pun. Saya tak mencaci pun beliau, cuma bertanya beliau ni berpihak kepada siapa. Tapi langsung tak publish komen saya. Baik tak payah letak ruangan komen kalau tak blh komen. Hampeh pny YB

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas