BlogList Malaysia

24 September 2009

Sultan Pahang Sokong Barisan Nasional

Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional

KUALA KRAU: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-dua belah sungai berkenaan.

"Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer.

"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau di sini hari ini.

3 Komen :

cabai ,  September 25, 2009 at 4:36 PM  

Apahalnya raja ni nak berpolitik? bahaya ni. Reformasi kepimpinan perlu untuk membetulkan yg tak baik. yang patut disanggah kita sanggah dan jgn jadikan pahang kontang dilahap pihak tertentu.

Anonymous ,  September 25, 2009 at 10:07 PM  

Dia ada banyak share dalam "Satu Lagi Projek Kerajaan BN". Aku tak tabik dengan raja ni.

Carca Merba September 27, 2009 at 3:01 AM  

kaki judi memang suka sokong UMNO.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas