Undang-undang apa yang benarkan SPR sanggah Dewan Undangan Negeri?
Pada 1hb Sept 2009, saya telah menulis "Kerusi Kosong atau Tidak Keputusan Dewan Bukan SPR". Saya menyatakan kalau mengikut Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, keputusan mengesahkan ada berlaku kekosongan luar jangka adalah pada Dewan dan bukan nya SPR.
Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) ADALAH salah satu dari TIGA cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Executive dan Judiciary. Dibandingkan Dewan/Parlimen dengan SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR), SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi Dewan! SPR TIDAK BOLEH OVERRULE apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh DEWAN!
Dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam Dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihanraya atas pengistiharan kekosongan oleh DEWAN dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh DEWAN.
Dibawah ini dipamirkan kenyataan atau keputusan mesyuarat SPR mengenai Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri N.3 Kota Siputeh, Kedah.
Secara ringkasnya SPR memutuskan setelah bermesyuarat bahawa :-
- Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah ada peruntukan mengistiharkan kekosongan luar jangka jika seseorang ADUN itu tidak hadir mesyuarat Dewan 2 kali berturut-turut.(Ini berbeza dengan Pahang dan juga Parlimen Malaysia yang menyebut "tidak hadir pada tiap-tiap persidangan Dewan dalam masa 6 bulan")
- Untuk menentukan samada kerusi itu kosong atau tidak atas sebab tidak hadir kerana ada surat cuti sakit, Dewan Kedah sepatutnya rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat keputusan.
- Oleh kerana tidak di rujuk kepada Jawatankuasa Hak, kerusi itu tidak dikira kosong dan surat cuti sakit itu adalah sah dan terpakai.
Apa yang diputuskan oleh SPR, KALAU ianya berkaitan dengan DEWAN UNDANGAN PAHANG, ianya adalah bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang Perkara 25 (1) dan adalah tidak sah; yang boleh dibaca dibawah.
"Jika berbangkit apa-apa soalan sama ada seseorang ahli Dewan Negeri itu telah lucut kelayakannya menjadi ahli, maka hendaklah diambil keputusan Dewan Negeri dan keputusan itu adalah muktamad"
Soalan yang timbul.
- Kenapa SPR tidak terima apa yang telah diistiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Kedah?
- Bolehkah SPR membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang tealh dibuat oleh Dewan?
- Ahli Dewan adalah answerable kepada Dewan atau kepada SPR?
- Dalam kes Kota Siputeh Kedah ini, ahli Dewan berkenaan diminta memberi penjelasan kepada SPR walaupun penjelasannya mengenai ketidakhadiran mesyuarat Dewan itu telah ditolak oleh Speaker Dewan.
- Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh Dewan?
Sebagai analogy?
Perlukah Dewan merujuk dulu kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan, setiap kali berlaku kekosongan akibat kematian?
SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan Dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan Dewan.
Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya dan bukannya menentukan samada Pilihanraya diadakan atau tidak diadakan!
SPR tidak boleh menjadi Mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali "Mahkamah Rayuan" bagi ahli Dewan yang telah dilucutkan kerusinya!
Dato' Shamsuddin Haji Nawawi
0 Komen :
Post a Comment