BlogList Malaysia

27 September 2009

Sikap Kurang Ajar Ibrahim Anak Lelaki Ali

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi desakan supaya beliau mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.

Beliau sebaliknya mendesak Nik Abdul Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka kerana gagal melaksanakan tugas walaupun telah diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun menerajui negeri ini.

Katanya, Mursyidul Am Pas itu tidak berhak untuk mendesaknya melepaskan jawatan kerana kemenangannya pada pilihan raya umum lalu diberikan oleh penduduk Pasir Mas dan parti hanya menjadi landasan untuk berbakti.

“Kenapa saya perlu meletak jawatan, dia yang sepatutnya meletakkan jawatan, apa yang dia buat sejak memerintah Kelantan pada 1990? Tidak ada perubahan langsung.

“Nik Abdul Aziz gagal untuk mentadbir dan ia jelas terbukti, jadi dia yang harus meletakkan jawatan kerana sudah lama memerintah tetapi tidak ada apa yang dibuat untuk rakyat di negeri ini.

“Saya tidak makan duit haram, semua elaun saya sebagai Ahli Parlimen saya kembalikan kepada rakyat bagi memastikan mereka tidak hidup dalam keadaan susah kerana kerajaan negeri tidak membantu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pasir Mas di sini hari ini.

2 Komen :

Arif Omar September 27, 2009 at 1:12 PM  

Yang haramnya bila buat tuntutan bil hotel yang tidak pernah diduduki. Sehingga mencecah beribu ringgit tiap bulan. Lihat sahaja ke bekas ADUN Jeli YB Apandi Ali dan seorang lagi ADUN PAS yang membuat tuntutan palsu menginap di hotel Perdana beberapa tahun dulu, dan telah dituduh di mahkamah .


8. Jadi bab halal haram ini, ada baiknya TGNA bercakap kepada MP dan ADUNnya cukuplah. Macam yang pernah PG hadir sidang DUN Kelantan pada 1989 dahulu : di mana di dalam satu sesi soal jawab seorang ADUN PAS menuduh ADUN UMNO rasuah dan makan duit haram.


9. Senang sahaja Tan Sri Mohamed Yaakob ( Allahyarham ) MB Kelantan pada masa itu menjawabnya. jawab Tan Sri Mohamed ialah PAS perlu lihat diri sendiri. PAS pun rasuah terutama ADUN-ADUNnya semasa tiap-tiap kali datang sidang DUN Kelantan. Datangnya sebuah kereta 4 orang tetapi bila menuntut , tuntut elaun kenderaan seorang-seorang. Seolah datang dengan kereta sendiri.


10. Satu dewan bergegar mendengar jawapan MB Kelantan itu. Semua ADUN PAS terkebil-kebil tak boleh menjawab termasuk TGNA.


11. Itulah kisahnya. Kata dulang , paku serpih. Kata orang diri sendiri yang terlebih.

umno September 27, 2009 at 5:51 PM  

Jadi bab halal haram ini, ada baiknya TGNA bercakap kepada MP dan ADUNnya cukuplah.

Bro Arif, rasanya memang Nik Aziz cakap kepada mp dan adunnya. Ibrahim Ali bukankah menang atas tiket Pas dan bukan BN.. So apa masalahnya??

Tidak timbul soal kata dulang paku serpih jika kes Apandi jika nak dibandingkan dengan kes2 mp dan adun BN yang mungkin ada dalam pengetahuan Bro Arif..

Oh ya.. Apa keputusan kes apandi ali tu ya bro?

Tak usahlah nak tegakkan benang basah bro..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas