BlogList Malaysia

27 September 2009

Siapalah Ibrahim Ali Tanpa PAS

Ibrahim Ali hanyalah pengemis jalanan yang tidak tahu mengenang budi yang dikutip dan dibela nasibnya oleh Pas

Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan 'menggigit tangan yang menyuapkannya makanan'.

Ini kerana sokongan padu penyokong PAS dan Pakatan Rakyat membolehkan beliau merasai kembali jawatan itu selepas menang di atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Namun Ibrahim melupakan segala jasa dan keringat ahli dan penyokong PAS yang bekerja keras memenangkannya pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Kata orang tua-tua, ibarat kacang sudah lupakan kulit.

Pengundi di Pasir Mas ketika ditemui menyokong penuh saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat.

Pesara kerajaan, Mohamad Osman, 67 dari Kampung Kasa berkata, hanya pemimpin yang tiada maruah sahaja sanggup mempertahankan kedudukannya biar pun dicemuh seluruh pengundi. "Tindakan Ibrahim sekarang seolah-olah membunuh karier politik sendiri. Selepas ini siapa lagi yang mempercayai pemimpin seperti itu," katanya di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan TGNA hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas memandangkan sikap dan tindak tanduknya bertentangan dengan perjuangan PAS.

"Saya akan terus mendesaknya melepaskan jawatan wakil rakyat di Pasir Mas kerana dia bertanding atas tiket PAS. Namun kini menentang menentang dasar PAS dan kerajaan negeri. Wakil Rakyat macam ni orang tak boleh terima sebab tak ada pendirian dan prinsip perjuangan," katanya ketika ditemui media di majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.-hrkh

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas