BlogList Malaysia

02 September 2009

Rekod Ini Tidak Akan Tercatat Jika Sultan Bijak Dan Tidak Memihak


Memalukan bila Adun yang dipilih rakyat ditangkap dan dihalang dari menunaikan amanah rakyat

Melalui senario politik Perak, beberapa rekod dunia yang telah dicatatkan:

- Terdapat dua Menteri Besar: Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Zambry Abdul Kadir.

- Dua barisan Exco: Exco yang sah dibawah pimpinan Nizar dan exco haram pimpinan Zambry.

- Dua speaker: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar manakala Speaker Barisan Nasional, R Ganesan.

- Speaker di halang masuk Dewan: Speaker Sivakumar tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dan tolak usul perlantikan. Beliau dikurung dalam bilik selama sejam dan dihalang masuk dewan bagi menghentikan sidang yang dipengerusikan oleh Ganesan.

- Speaker dinafikan kuasa: Sidang DUN Perak 7 Mei tidak sah malah mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker Sivakumar malah pelbagai arahan dan perintah daripada Setiausaha DUN, Abdullah Antung Sabri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang tidak mempunyai autoriti.

- Speaker diseret dari kerusinya: Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh beberapa anggota polis, gara-gara sidang DUN "disambung" oleh "Speaker Baru" lantikan BN.

- Berpuluh-puluh polis mencemarkan DUN: Kira-kira 50 anggota polis memasuki Dewan dan mengelilingi tempat duduk dan dengan bantuan bentara menarik keluar Speaker Sivakumar.

- Pistol dibawa masuk DUN: Terdapat dakwaan bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam DUN Perak pada 7 Mei.

- Sidang DUN bawah pokok: Sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Nizar sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran DUN Perak.

(Rakyat Perak seharusnya berasa malu, marah dan kecewa dengan apa yang telah berlaku di negeri Perak angkara sikap pemerintah yang berat sebelah dan membezakan rakyatnya sendiri. Semoga pemerintah negeri-negeri lain tidak mempunyai sikap sebegini.)

3 Komen :

Anonymous ,  September 2, 2009 at 5:07 PM  

sape pilih? klau adun nk mnjahanamkan rakyat, pegi mampus r!!!

Anonymous ,  September 2, 2009 at 6:26 PM  

Ya.. Betul tu bro AuToPsy.. Adun BN memang celake.. Menjahanamkan demokrasi dan mengikis keyakinan rakyat kepada sultan.. Sultan pun satu jugak.. Jaga perut anak beranak sendiri je..

Anonymous ,  September 3, 2009 at 9:22 AM  

Aku dah haramkan diriku dari mengaminkan doa kpd sultan masa khutbah jumaat.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas