SPRM sangat cekap dan hebat menyiasat dan akan segera bertindak jika suspek yang terlibat adalah penyokong PR dan mereka-mereka yang jujur serta ikhlas membela kebenaran. Siasatan terpilih SPRM ada kalanya membawa sampai ke pagi dan ada yang habis nyawa. Tetapi mandom dan longlai serta layu jika suspek yang dicari adalah dari kalangan parti BN dan Umno.
Inilah sikap 'double standard' SPRM dalam memberikan perkhidmatan yang amanah, tegas dan adil kepada rakyat.
Dokumen bongkar dakwaan presiden MCA terima RM10 juta
Dakwaan wujudnya pemberian wang RM10 juta daripada seorang ahli parlimen BN kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat - yang menjadi pertikaian besar baru-baru ini - kini muncul di Internet.
Berdasarkan dokumen yang ditandatangani 22 Ogos lalu oleh seorang pembantu ahli parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, wang tunai itu dibawa kepada Ong beberapa kali pada 2008.
Dihubungi hari ini, Tiong mengesahkan dokumen itu tetapi bertegas beliau tidak tahu-menahu bagaimana ia dibocorkan kepada umum.
Tambahnya, selain peguam-peguamnya, agensi-agensi kerajaan tertentu turut memiliki dokumen tersebut.
Tiong juga berkata pembantu politiknya itu menyaksikan pemberian wang tersebut dan kini dalam persembunyian kerana bimbang keselamatan dirinya.
Dokumen tiga halaman itu lebih kurang sama dengan satu laporan polis Tiong terhadap Ong, yang juga menteri pengangkutan, pada 26 Ogos lalu tetapi mengandungi butiran-butiran lebih terperinci.
Ong, yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menafikan menerima wang RM10 juta daripada Tiong dan memulakan tindakan saman sejumlah RM500 juta terhadap pengerusi kumpulan penyokong BN di Parlimen.
08 September 2009
Rasuah RM10 Juta - SPRM Masih Dok Tidur Lagi Ke?
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
alat bn
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment