OSA Keatas Mereka Yang Bocor Laporan PKFZ
Perdana Menteri Najib Abdul RAzak memberi amaran kerajaan akan mendakwa mana-mana pihak yang membocorkan dokumen Kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Najib membuat amaran itu ketika diminta mengulas pendedahan dokumen Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) oleh blogger sensasi Raja Petra Kamaruddin di laman sesawang Malaysia-Today.
Skandal RM12.5 bilion ini mencemar pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak selepas siasatan mendapati wujudnya komplot rasuah dan salahguna kuasa membabitkan pegawai-pegawai kerajaan dan menteri.
Dokumen di Malaysia-Today mendedahkan permohonan dari Kementerian Kewangan untuk kenaikan berkala kos pembinaan projek PKFZ dari RM1 bilion kepada RM5 bilion.
Najib berkata mereka yang mendedahkan dokumen tersebut akan diburu siasatan polis dan tindakan OSA akan dikenakan bergantung kepada siasatan.
18 September 2009
PKFZ - Kenapa Perlu Takut Nyatakan Kebenaran
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
pkfz
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

1 Komen :
Salam.
Takut kerana salah
Berani kerana betul
Pepatah ini sudah cukup menggambarkan kekalutan yang berlaku sekarang.Tidak perlu kita mengupas,menyelidik secara terperinci atau membuat kerja lapangan.
Pepatah tersebut dicipta oleh manusia untuk manusia.Tiada kaitan dengan makhluk Allah yang lain.
Kekalutan yang timbul dalam isu PKFZ ini mudah untuk mengintrepretasikannya.JELAS,TEPAT DAN BETUL.
Post a Comment