Samy Vellu dikritik dalam perbahasan MIC
Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini dikritik beberapa perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan presiden pada hari kedua perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Seorang perwakilan dari Selangor berkata presiden parti telah menghantar kad hari lahir kepada seorang pemimpin cawangan yang telahpun meninggal dunia empat tahun lalu.
Perwakilan itu berkata isteri mendiang pemimpin itu telah melahirkan rasa kesal dengan penghantaran kad itu dan meminta presiden parti itu supaya mengelak daripada berbuat sedemikian pada masa depan.
Seorang lagi perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah berkata bahawa ia mengambil masa sembilan tahun bagi masyarakat India di situ untuk membeli sebidang tanah bagi membina sebuah sekolah Tamil dan telah berjumpa dengan Samy Vellu untuk bantuan kewangan bagi pembinaannya, lapor Bernama.
Bagaimanapun, katanya, walaupun menghantar surat dan menemui Samy Vellu tiga kali, tiada perkembangan positif daripada pemimpin itu setakat ini.
Seorang lagi perwakilan dari Kedah menegaskan bahawa sebab utama masalah Kampung Buah Pala adalah disebabkan "kegagalan" pemimpin MIC untuk menangani isu dari peringkat awal.
Ini mendorong Samy Vellu untuk mencabar perwakilan itu membuktikan dakwaannya dengan berkata bahawa beliau (Samy Vellu) bersedia untuk meletak jawatan dalam parti jika perwakilan itu dapat membuktikannya.
Seorang lagi perwakilan berkata sementara pandemik Influenza A(HINI) adalah baru - yang memberi kesan kepada negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini, bagaimanapun, beliau berkata ia telah "menjejaskan" MIC sejak 8 Mac 2008 apabila parti itu mengalami kekalahan yang memalukan dalam sejarah 63 tahun penubuhannya.
mkini
13 September 2009
Perwakilan Kritik Tuhan MIC
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
mic
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment