Para pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang sering melaung-laungkan kebebasan bersuara sepatutnya bersikap terbuka apabila Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau hairan apabila ada yang mahukan tindakan diambil terhadap Dr Hasan sedangkan sebagai wakil rakyat dan bekas pegawai tinggi kerajaan, pandangan yang diberikannya adalah betul.
Tindakan sehingga menyuruh Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri itu dipecat adalah membelakangi prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh parti pembangkang selama ini, katanya kepada pemberita ri Rumah Terbuka Umno Bahagian Tanjung Karang yang diterajuinya di sini pada hari Ahad.
Sebelum ini, Dr Hasan telah menegur kaedah para pegawai daerah yang disiasat bagi mengetahui kemanakah wang peruntukan Anggota Dewan Undangan Negeri sebelum Pilihan Raya Umum 2008 dibelanjakan yang didakwa menghina dan memperkotak-katikkan maruah pegawai-pegawai kerajaan.
"Jadi kalau pegawai daerah ini disoal siasat secara terbuka, ini bagi saya menghina dan mempersoalkan kerja-kerja yang dibuat oleh pegawai dalam negeri Selangor kerana bagi kita semasa Barisan Nasional memerintah, pegawai-pegawai kerajaan negeri telah terbukti membantu kerajaan Barisan Nasional membangunkan negeri Selangor," katanya.
bernama
Kelantan: Penduduk bimbang banjir besar tahun ini
19 minutes ago
4 Komen :
APA YANG PELIKNYA. LUPA KE . TGNA, TGHH, MAHFUZ, LIM KIT SIANG, DSAI DAN LAIN-LAIN PERTAHANKAN TUN ABDULLAH SUPAYA JANGAN LETAK JAWATAN PM DULU. HANTAR MEMO PADA DYMM AGUNG LAGI. HAI LUPA KOT. JADI APA NAK HAIRAN. ANDA KURANG MEMBACA NI.
Kepimpinan PR hantar memo supaya kekalkan Abdullah Badawi kerana tidak yakin dengan kepimpinan Najib sebagai bakal PM pada ketika itu untuk mentadbir negara kerana dilingkungi pelbagai masalah yang mengaitkan peribadi beliau.. Tentu tuan lebih arif berkaitan perkara tersebut kerana tuan banyak membaca
Dalam kes Hassan Ali pula tidak nampak apa kepentingan umno untuk pertahankan Hassan. Kecualilah pertahankan hassan kerana ingin melindungi salahguna kuasa adun2 umno/bn yang memperalatkan pegawai2 tinggi kerajaan dalam menghabiskan peruntukan dun/wang rakyat. Dilihat dari jumlah kerusi dan pengaruhnya terhadap adun2 Pas, PKR dan DAP malahan umno sekalipun tidak ada apa-apa yang boleh diambil kesempatan oleh umno/bn.. Lebih kepada kesempatan untuk memecahbelahkan sahaja.
Tahniah tuan sebab banyak membaca
Saya kurang membaca tapi Tuan jeebond,saya boleh baca benda-benda kat dalam perut seseorang nih, bila Tuan Ariff Omar tulis macam tu kita dah faham dia ni jenis apa.
is ok biarkan dia tulis dan komen ikut suka dia, saya bangga sekurang-kurang dia berani tunjuk muka
Saya setuju dengan Sekretariat Parlimen Kota Raja, Manusia yang sejenis arif Omar memang kita dapat tahu jenis perutnya. Baca saja komen2 manusia sejenisnya yang terdapat dalam blognya.. Adik sikit sahaja dari parpukari agaknya..
Post a Comment