Tindakan membawa isu Kota Siputeh ke mahkamah disifatkan oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang sebagai tidak menguntungkan mana-mana pihak terutama rakyat Kedah malah sekadar membazirkan wang kerajaan.
Keng Liang berkata, tindakan seperti itu turut menghilangkan tumpuan terhadap usaha pembangunan yang seharusnya lebih diutamakan.
“Tindakan seperti itu hanya akan menghabiskan wang sahaja, malah tidak akan menguntungkan rakyat Kedah,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi tumpuan dan masa terhadap pembangunan dan mencari sumber kewangan untuk negeri, selain menghulur bantuan kepada rakyat, dan bukannya menjurus kepada isu yang tidak berkepentingan.
“Saya harap Kerajaan Negeri akan mengkaji dengan teliti sama ada terdapat apa-apa manfaat kepada rakyat sekiranya tindakan undang-undang itu diteruskan,” katanya.
Menurutnya, tindakan mencabar tafsiran Perlembagaan Negeri Kedah dan SPR itu dianggap kurang wajar.
“Saya tak pasti kenapa mahu diambil tindakan undang-undang itu untuk memutuskan penafsiran Artikel 51 dan 52 Perlembagaan Negeri Kedah berhubung isu wakil rakyat Kota Siputeh, sedangkan SPR telah membuat keputusan,” katanya.
Kenyataan bebal dan bodoh dari lembu gerakan kedah.. Nak tahu sebab apa kes ini perlu dibawa ke mahkamah? Woi lembu.., baca nih...
09 September 2009
Menyangkal Kenyataan Bodoh Ketua Pemuda Gerakan Kedah
Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) ADALAH salah satu dari TIGA cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Executive dan Judiciary. Dibandingkan Dewan/Parlimen dengan SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR), SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi Dewan! SPR TIDAK BOLEH OVERRULE apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh DEWAN!
Dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam Dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihanraya atas pengistiharan kekosongan oleh DEWAN dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh DEWAN.SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan Dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan Dewan.
Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya dan bukannya menentukan samada Pilihanraya diadakan atau tidak diadakan!
SPR tidak boleh menjadi Mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali "Mahkamah Rayuan" bagi ahli Dewan yang telah dilucutkan kerusinya!
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
gerakan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
Saya rasa apa yang cuba dikatakan orang Tan Keng Liang ialah mungkin ada kes untuk pergi ke Mahkamah.....tapi apakah kebaikan kepada rakyat Kedah untuk bawa kes sebegini?
harap kerajaan Pas Kedah jangan habiskan duit rakyat....adakah semua pemimpin pas terlalu senang ke kat Kedah?
si azizan tu senang sangat sampai nak cabar Tok Hadi ke? Nak ikut-ikut Nik Aziz yang sudah sawan.
Post a Comment