“Kita bukan gila kuasa atau gilakan kerusi Kota Siputeh” .
Demikian apa yang dijelaskan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato’ Dr Abdul Isa Ismail ketika dihubungi sebentar tadi.
Kata beliau, “kita hendak menegakkan hak dan keadilan sepertimana yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri.
“Mana-mana ADUN yang tidak menghadiri sidang dewan dua kali berturut-turut , maka Seksyen 51 perlembagaan negeri memperuntukkan hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang” jelas beliau lagi.
Dalam hal ini, bukan sahaja ADUN Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif telah tidak menghadiri sidang dewan berkenaan malah telah menimbulkan rungutan dari masyarakat pengundi di kawasannya sendiri tentang ketidakhadirannya itu.
DUN Siputeh terletak di bawah Parlimen Jerlun yang diwakili oleh Mukhriz Mahathir.
Ditanya apakah tindakan beliau seterusnya dalam menangani isu ini. Beliau berkata, “seperti yang diputuskan oleh YAB Ustaz Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah, kita akan failkan kes ini ke mahkmah. Biar mahkamah sahaja yang menentukan siapa yang betul”.
Jelas beliau lagi, “Dengan membawa kes ke mahkamah , kita berharap tidak akan ada lagi tafsiran masing-masing tentang undang-undang ini"
Apa terjadi jika mahkamah membuat keputusan tidak mengikuti perlembagaan Negeri Kedah sepertimana yang berlaku di Negeri Perak ?
Dato’ Dr Abdul Isa Ismail berkata, “biarlah rakyat yang menentukan dan sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang berlaku”.
AFRAR YUNUS
07 September 2009
Kita bukan gila kerusi Kota Siputeh
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
kedah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment