SETIU - Sebuah rumah pusaka yang didiami oleh 9 orang anak yatim piatu pernah dibina secara gotong-royong oleh ahli-ahli PAS Cawangan Kampung Jebak Puyuh dan Unit Peti Undi (UPU) Kerandang.
Rumah pusaka tersebut dibina antara ketika kerajaan PAS Terengganu antara tahun 1999 hingga 2004 yang lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali sejak terpilih menjadi wakil rakyat tidak pernah mempedulikan nasib sebuah keluarga miskin yang kini bergelar yatim piatu.
Bahkan, menurut sumber Buletin Adun terbabit pernah ‘mengajar’ (memberitahu) kepada salah seorang anak yatim piatu tersebut ‘berbohong’.
Ini berikutan, dijadualkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said akan mengadakan lawatan kerja ke rumah 9 orang anak yatim piatu tersebut.
Ramlan (Adun Jabi) sebagai ‘tuan rumah’ terpaksa berkunjung ke rumah keluarga berkenaan dengan memberi taklimat serta persiapan bagi menyambut MB.
Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim melahirkan rasa kesal dengan tindakan tidak bermaruah Adun berkenaan berbohong.
Menurutnya, tindakan pemimpin Umno itu seolah-olah cuba menafikan fakta sejarah serta ‘mengajar’ anak-anak yatim piatu berbohong.
“Saya dimaklumkan sendiri oleh salah seorang dari anak yatim piatu itu bahawa Ramlan (Adun) telah memintanya memaklumkan kepada Ahmad Said (Menteri Besar) bahawa rumah pusaka tersebut dibina dengan bantuan YB Ramlan Ali dan bukan dengan bantuan serta gotong-royong ahli-ahli PAS. (Gambar kanan - Dr Azman menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim piatu terbabait)
“Sungguh muka ‘YB’ (Ramlan) tak tahu malu! Saya juga dimaklumkan oleh anak-anak yatim tersebut bahawa MB telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 ke atas keluarga berkenaan.
Menurutnya, peruntukkan sebanyak RM30,000 untuk proses pengubahsuaian, khususnya untuk dibina bilik-bilik di rumah yang tidak berbilik ini dengan semua urusan berkaitan diserahkan kepada Ramlan.
“Saya berpendapat wang RM30,000 terlalu banyak untuk sekadar dibina bilik-bilik di rumah yang hampir runtuh.
“RM30,000 bagi saya cukup untuk membina sebuah rumah baru yang lebih selesa bagi kediaman anak-anak yatim piatu ini,” jelasnya.
Justeru itu, beliau melahirkan rasa kebimbangan jika peruntukkan sebanyak RM30,000 tersebut ‘lesap’ entah ke mana.
0 Komen :
Post a Comment