SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) menempelak kenyataan DAP yang mendakwa undi pos bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan berpihak kepada parti berkenaan.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, apa yang didakwanya tidak berasas dan DAP tidak ada hak untuk mempersoalkan berkaitan undi pos.
“PR dilihat seakan-akan tewas sebelum berjuang dan parti itu seolah-olah sudah berputus asa, lagipun mereka yang mengundi secara pos mempunyai hak masing-masing untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan.
“Jika mereka mahu pilih pembangkang itu hak mereka dan jika pengundi pos ini memilih BN, bermakna mereka berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi daripada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mendakwa PR sudah kalah pada peringkat awal lagi disebabkan kira-kira 5,000 undi pos yang didakwanya pasti berpihak kepada BN.
Menurutnya, hanya pada kali ini undi pos mencapai angka tertinggi iaitu hampir 5,000 undi pos dan angka itu tidak bermakna BN akan mencapai kemenangan dengan mudah.
Ahmad berkata, sama ada PR menganggap mereka sudah tewas, UMNO sebenarnya tidak ber:minat mencampuri urusan mereka dan terpulang pada PR untuk memperkatakan partinya itu akan kalah pada Bagan Pinang kelak.
:“Bagi BN, kita akan tetap bekerja bersungguh-sungguh dalam memenangi kerusi kali ini. Walaupun Bagan Pinang kubu kuat BN, kita tidak boleh terlalu yakin untuk menang.
:“Sebab itulah saya meminta semua jentera BN agar turun padang dalam memastikan Bagan Pinang kekal dimenangi BN,” katanya.
Bukti SPR Memanipulasi Undi Pos
Rakyat akan terus ditipu dengan satu kemenangan yang "tidak adil". Ramai pemimpin UMNO yang telah menang hasil "manipulasi" undi pos sebenarnya. Malah, Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah diselamatkan oleh undi pos pada pilihanraya umum ke-10 dulu. Beliau yang tewas dengan kiraan asal kepada calon PAS di Parlimen Pekan ketika itu, akhirnya menang dengan kelebihan 241 undi selepas satu peti undi pos tiba lewat malam hari pengiraan tersebut.
Bukankah ini sesuatu yang cukup memusykilkan. Tambah mengejutkan SPR pula didapati telah bersekongkol dengan Najib bagi memastikan pemimpin itu menang dalam setiap kali pilihanraya selepas ini.
Modus operandi yang digunakan ialah dengan mengadakan persempadanan semula kawasan pilihanraya. SPR telah memasukkan kawasan undi pos tentera di Kem Batu 10, Kuantan ke dalam Parlimen Pekan. Kawasan itu jelas terletak dalam daerah Kuantan dan berada dalam Parlimen Paya Besar yang diwakilik oleh Siti Zaharah Sulaiman ketika itu.
Tindakan SPR ini menyebabkan Najib akan menang selesa dalam setiap kali pilihanraya diadakan, kerana kawasan tentera itu mempunyai lebih dari 10 ribu pengundi pos yang berdaftar.
Bagi menghalalkan kaedah mereka, SPR telah mewujudkan satu lagi DUN dalam Parlimen Pekan yang dikenali sebagai DUN Pulau Manis. Bukankah ini semua bukti jelas satu pakatan licik SPR untuk memastikan kemenangan besar Najib Razak yang ketika itu adalah Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.
0 Komen :
Post a Comment