BlogList Malaysia

07 September 2009

Hj. Azmir, Lu Hanyalah Kambing Hitam

Padan muka kau Azmir. Dalam keadaan macam ni, mana dia ketua lu yang mengarahkan lu melakukan kerja-kerja kotor dan bodoh untuk mereka? Dalam keadaan sekarang lu akan mendapati bahawa lu akan keseorangan dalam menghadapi hari-hari mendatang. Sudah pasti rakan-rakan selembu lu jugak akan berusaha menjauhkan diri dari lu dan akan menafikan penglibatan mereka bersama-sama lu dalam kes kepala lu.. ops kepala lembu lu.. Nasib badan lah lu Hj Lembu oi..

Tapi untuk menyedapkan hati lembu lu, lu janganlah gabra sangat sebab satu Malaysia dah tahu gimik yang cuba dilakukan peguam negara dan bosnya hanyalah sekadar untuk meyedapkan hati kaum India saja tuh.. Tapi walau apapun lu memanag bodoh lah hj azmir.. Apapun nama lu dan seluruh keturunan lu akan tetap dipandang serong selepas ini.. Maklumlah pesalah yang akan didakwa dibawah akta hasutan.. Dalam erti kata lain lu tak ubah seperti pengkhianat negara yang cuba mencetuskan kekacauan antara kaum lah tu... Sekali lagi PADAN MUKA LU..


Peserta demonstrasi kepala lembu akan didakwa - Peguam Negara


PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa mereka yang menyertai demonstrasi kepala lembu di Shah Alam, baru-baru ini.



"Saya telah membuat keputusan untuk mendakwa mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu di bawah Seksyen 4 (1), Akta Hasutan dan Seksyen 298, Kanun Keseksaaan.



"Mereka dan juga peserta demonstrasi lain akan menghadapi tuduhan lain di bawah Seksyen 27 (5), Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Abdul Gani berkata, pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung perkara itu kepada beliau sendiri tengah hari tadi dan beliau berpuas hati, berdasarkan fakta dan bukti yang dikumpulkan pihak polis, peserta demonstrasi tersebut perlu dihadapkan ke mahkamah.



Semasa demonstrasi itu, salah seorang daripada mereka telah membawa dan memijak kepala lembu.



Tindakan yang dilakukan ketika demonstrasi itu telah mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk orang awam kerana disifatkan menghina sensitiviti agama.



Penduduk kawasan tersebut bagaimanapun telah membuat laporan polis dengan mengatakan perarakan kepala lembu itu melambangkan "kebodohan kerajaan" dan tidak bermaksud untuk menghina agama lain.



Kebimbangan terhadap isu itu yang menyentuh sensitiviti agama menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak mengarahkan portal berita, Malaysiakini mengeluarkan rakaman video berhubung demonstrasi itu berikutan aduan yang diterima daripada pelbagai pihak.



Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan sekiranya tindakan itu menyalahi undang-undang.

2 Komen :

anakpahang ,  September 8, 2009 at 12:46 AM  

Nasib badan lah.

Kalau berketuakan lembu macam tu lah jadinya.

renzo ,  September 8, 2009 at 3:11 AM  

hahahha padan ngan lembu kai songkok tu :))

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas