Hassan Ali Cari Publisiti Murahan
Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhadapan dengan 'kritikan' pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.
Beberapa pemimpin kanan yang dihubungi menyifatkan, selaku anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat tahun lalu, Hasan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri, tidak sepatutnya mempertikaikan badan itu secara terbuka dengan membelakangkan kepentingan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Isu yang dibangkitkan ini sepatutnya tidak berbangkit... Selcat ini berkaitan dengan legislatif, ada unsur pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif... sepatutnya tidak berbangkit," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, sebagai anggota pentadbiran dalam kerajaan negeri sepatutnya ada satu bentuk persefahaman tentang soal pemisahan kuasa bidang antara eksekutif dan legislatif.
"Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.
"Saya percaya jika mereka betul-betul faham, maka tidak akan timbul masalah seperti ini... saya tidak tahu sama ada beliau faham aspek ini ataupun tidak.
"Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri," kata beliau lagi.
Selain itu menurut beliau, dalam dunia sebenar tiada pihak yang disoal siasat oleh mana-mana jawatankuasa pernah atau akan gembira dengan cara dan prosedur siasatan dijalankan.
"Mereka yang disoal siasat mahukan layanan kelas satu," kata beliau sambil berseloroh.
Sehubungan itu Mahfuz menambah, Hasan sebagai anggota eksekutif seharusnya menasihatkan mana-mana pegawai kanan kerajaan, dalam kes terbaru Selcat yang melibatkan pegawai-pegawai daerah yang mengadu tentang perjalanan jawatankuasa itu, supaya mengambil tindakan yang mereka fikirkan wajar jika tidak berpuas hati dengan Selcat.
"Macam dalam kes Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh (dari DAP) yang digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama setahun.
"Keputusan disyorkan oleh jawatankuasa Parlimen dan apabila beliau tidak berpuas hati, beliau mengambil tindakan mahkamah (yang sedang didengar)," katanya.
Oleh itu, ujar beliau, Hasan perlu memahami bahawa Selcat atau apa jua jawatankuasa sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, anggotanya adalah terdiri daripada wakil rakyat, bukannya orang luar.
"Jadi bagaimana anggota Selcat boleh dianggotai oleh orang luar, macam bekas hakim? Jika pun Hasan tidak bersetuju, beliau seharusnya membawa isu ini kepada mesyuarat Exco untuk dibincangkan secara lanjut.
"Dan, kemudian membawa usul meminda Aturan Mesyuarat bagi mengubah keanggotaan Dewan dalam jawatankuasa... bukannya membuat kenyataan seumpama itu walaupun beliau merasakan tidak berpuas hati dengan Selcat," kata Mahfuz yang menafikan kenyataan Hasan itu menunjukkan Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan krisis dan berpecah.
Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak bersetuju dengan syor Hasan agar Selcat dirombak.
24 September 2009
Hassan Oh Hassan.. Sudah-Sudahlah..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
hassan ali
,
pakatan
,
pas
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

4 Komen :
semenjak bila pr berperangai seperti umno/bn ni??takkan ahli/penyokong/pemimpin dalam pr tak boleh kemukakan cadangan/nasihat/pandangan/berbeda pendapat dalam sesuatu isu..ini dah jadi macam umno/bn yang telah ditolak oleh rakyat dalam pru lepas kerana ruang demokrasi dalam umno/bn telah lenyap sama sekali..ini yang rakyat benci..amalan politik kediktatoran..seolah2 apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan dan kerajaan betul..tak ada ruang untuk bersuara..jika bersuara dan tak sehaluan terus diambil tindakan seperti mana yang dicadangkan oleh yb saari sungib untuk rujuk yb hasan ali ke jk hak dan kebebasan dewan..ini melampau..nasihat ikhlas saya kepada pr agar jangan mudah melenting dan kepanasan apabila ditegur..cuba bersikap terbuka dan jangan terlalu mengongkong..jgn wujudkan suasana tegang..apabila wujud sesuatu pertembungan dalam pr, musyawarahlah dengan baik..jangan duk berperang dalam media..nampak jelek..seolah2 rakyat tgk pr dan bn tak de beza..lantas rakyat fikir lebih baik undi bn kerana bn sudah ada kerajaan..jgn buang masa lg undi pr..kan pr juga yg rugi..ingat misi kita untuk takluk putrajaya pd pru13 nanti..tunjuk imej baik sket la..malu, malu, malu aku jadi penyokong pr..orang umno yg nk masuk pr terus tukar fikiran tgk keadaan macam ni..tak ada kebebasan bersuara dalam pr..setiap pandangan atau cadangan yang keluar melalui media jangan dibalas/dijawab melalui media juga..celaru nanti..bawa dalam mesyuarat majlis presiden pr..bincang sesama kita jer..kan baru nampak harmoni..dah jadi pemimpin pun tak tau nak fikir lagi ker???ada yg dh jadi mb, exco, mp tapi bab macam ni pun tak tau nk fikir..buat penat jer kami penyokong pr berkempen setiap kali prk..kalau perangai pun sama macam umno/bn tak ada guna nya duk kempen lg..lebih baik kempen sokong umno/bn..fikir2 lah wahai pemimpin2 pr yang bijaksana sekalian..jangan buat rakyat jadi gelisah dek kerana perangai kalian yang tak ubah seperti umno/bn yang gilakan kuasa dan diktator...
Saya juga amat tak bersetuju jika nak berperang lidah melalui media... orang berumur sepatutnya " TERLEBIH MATANG" tapi bila rasa tak setuju je panggil media hebah...itu menunjukkan pemikiran masih tahap sama level dengan puak UMno/bn (cari publisiti murah)Menjengkelkan! kalau kami pemuda ni rasanya tak keterlaluan darah masih panas tapi bab Pemimpin Kanan, masing2 nak tunjuk ego ke... HELLO! Rakyat menilai anda semua... kami tahu anda PEMIMPIN tapi jangan memalukan kami penyokong bawahan ini... (IKHLAS) terutama menegur PesuruhJaya PAS Selangor... kebelakangan ini macam tak puas hati dalam banyak perkara... tak payahlah panggil media buat publisiti murahan... gunalah kebijaksanaan akal dengan musyarah sesama sendiri...(HAMPEH!)
rmad minta supaya pemimpin pr musyawarah bila timbul masalah, saya setuju bebenar. Tetapi masalahnya si hassan ali ni tak guna saluran betul. Dia ni kelihatan syok dengan sidang media dan hentam macam dah tidak ada saluran lain dah..
Dalam hal ni saya sebagai golongan muda amat setuju dengan Liza supaya hassan ali lebih matang dan guna sikit otak bila nak buat sesuatu. jangan sampai rakyat benci dan meluat dengan pemimpin seperti hassan ali, pr ditolak dalam pru13.
saya sangsi apa sebenarnya maksud Dato Hassan membangkitkan isu ini seolah-olah untuk menggugat kerajaan PR di Selangor dan memeningkan kepala pimpinan Pas. Saya harap pimpinan PR bersidang segera untuk menyediakan rotan supaya mana-mana YB atau ahli PR tidak bermasalah. Jgn jadikan isu untuk media utama membantai kita. Saya juga menyeru supaya pimpinan PR yang utama spt Nik Aziz. Hadi., Dsai atau pemimpin DAP supaya jaga mulut sikit ketika kita nak berperang di Bgn Pinang ni.. biar bijak berpolitik sikit dan jgn gugat perpaduan bersama. Saya sungguh kecewa bila Dr Hasan bangkitkan perkara ini..
Post a Comment