Apakah prinsip 5 cinta yang bilangkali dijeritkan oleh Hassan Ali dihadapan penuntut yang membayar ratusan ringgit setiap orang untuk menghadiri "Summer Camp"nya seiring dengan semangat dan perjuangan beliau sendiri? Jawapan saya. Saya kurang yakin!!!
Terus kepada kepada fakta. Tiada bunga bahasa kerana itu lebih sesuai dititipkan buat manusia yang hadirnya tidak menambah, hilangnya tiada yang susut.
Pernah saya titipkan dalam lelaman saya - kerajaanrakyat.com yang telah digodam, Dr Hassan Ali, yang sekarang ini adalah seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor pernah dibayar lebih RM12,000 hanya untuk berceramah kurang daripada 2 jam di Mersing, Johor. Ini berlaku sekitar tahun 1994!!!. Nah, tu dia bayar lebih RM12,000 untuk berceramah tidak sampai 2 jam. Perbelanjaan ini tidak termasuk kos pengangkutan, penginapan dan makan minum yang semuanya dibiayai oleh pihak penganjur. Ceramah apa? Ceramah agama..!!!!
Saya bersama ayahanda saya (Allahyarham) dan beberapa rakan termasuk Abdul Latiff Ahmad (Datuk, Timbalan Menteri) terlibat secara langsung dalam program ini dan melihat bagaimana ilmu agama diperdagangkan!!!! Oleh siapa?. Oleh orang yang mendakwa dirinya seorang tokoh perjuang anak bangsa. Oleh seorang yang mendakwa dirinya telah mendisplinkan ribuan manusia melalui "Summer Camp"nya.
Tidak dinafikan kesinoniman manusia bernama Hassan Ali dengan "Summer Camp"nya di Hulu Langat. Ceramahnya gah dengan selinggan bahasa 'mat saleh'. Malahan bahasa 'mat saleh' lebih kerap tersembur daripada mulutnya jika dibandingkan dengan Nas Al Quran atau hadith Nabi.
Saya sempat berjumpa Dr. Hassan di Hulu Langat sebulan selepas kemenangannya dalam pru-12 lalu. Ceritanya (jika off politik}, tiada kisah lain selain WANG. WANG. WANG..!!! Itulah manusia Hassan Ali yang saya kenal.
Hati kecil ini selalu bermonolog, "Apakah sebenarnya tujuan Hassan Ali sertai PAS? Apakah ini landasan mudah untuk berniaga dakwah? Dakwah pun diperniagakan?"
3 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
AJK Pas Selangor terutama Mohd. Khairuddin Othman dan Hassan Ali ni memang bangsat punya kaki .Nak kata orang bukan orang , Nak kata hantu memang dah macam hantu . Betul kata ALLAH SWT kaum kerabat hantu akan di lepaskan dari di rantai selepas bulan ramadan . Inilah akibat bila habis bulan ramandan , hantu ni dah buat hal di Selangor terutama sekali Hassan Ali , memang betul betul macam sial punya orang . Kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang je! . Kalau nak komplain pun pasal penyiasatan SELCAT . Bincanglah dahulu secara tertutup dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ,luahkanlah apa apa yang tak berkenan di hati.Suka sangat buka bekong di dada . Dahlah Hassan Ali jangan nak simpan dendam di hati kalau tak dapat menjadi Menteri Besar Selangor dan Mohd Khairuddin janganlah nak bawa perangai buruk kau tu dan jangan nak melibatkan ahli ahli Pas Selangor yang lain mengikut perangai busuk kau tu.Kalau tak di izinkan ALLAH SWT ,kena lah reda'.Hassan Ali malulah dengan diri sendiri , Komen dari Chet Det , beliau pun tak nak hassan ali masuk UMNO BN .Hanya Parti PPP je nak kan kamu , pi lah berambus dari Parti Islam SeMalaysia dan jangan lupa bawa sekali puak puak sial di dalam AJK Pas Selangor tu , suka sangat buat sewel dalam parti Pakatan Rakyat . Hassan Ali pergi lah cuim buntut PM 1 Malaysia .Ada nya engkau ( Hassan Ali dan Mohd Khairuddin Othman) di dalam EXCO Pakatan Rakyat . memang bawak sial je!Komen Hj Jamaludin
bagus sangat bahasa kau... buang jer haji kau tu.. sia2 jer pergi haji... hadith Rasullah yang lebih kurang maksudnya... sebaik muslim itu ialah tangan dan lidahnya tidak menyakiti hati muslim yang lain...
kalau kau nak kata hassan ali mata duitan... cuba kau tanya berapa banyak syarikat dia kena tutup sejak menceburi bidang politik ni... aku dulu pernah nak buat jambori amal kat summercamp dia kat hulu langat.. aku gi pejabat dia kat bangsar.. pekerja dia merayu ngan kitaorang tolonglah jangan buat kat situ sebab dari 50 syarikat tinggal 5 jer yang boleh beroperasi...
abufawwaz.. Haji pun manusia juga.. Dia tidak maksum. Bila merasakan kepercayaan yang diberikan kepada seseorang yang amat dipercayai dan dihormati telah cuba dikhianati, apa lagi yang boleh diucapkan dan diluahkan sebagai tanda kekecewaan yang teramat sangat..Jika benarlah niat Hassan Ali cuba mengkhianati kepercayaan penyokong dan pengundi Pas, beliau memang patut dimaki begitu.. Itu pendapat saya le..
Post a Comment