Dua belas orang yang menyertai protes mengarak kepala lembu di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah ALam pada 28 Ogos lalu, akan dihadap ke mahkamah esok.
Mereka akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sementara itu, ketua unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, mereka tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana mereka tidak dapat dikesan.
Katanya, sebaik sahaja polis mengesan mereka, mereka akan dibawa ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan Akta Polis.
Dalam perkembangan berkaitan, menurut The Star, empat daripada 12 orang ini telah ditahan untuk diseret ke mahkamah.
Lapan lagi akan ditahan hari ini juga untuk tujuan yang sama, lapor akhbar itu lagi lewat petang ini.
[Berita lanjut menyusul]
0 Komen :
Post a Comment