BlogList Malaysia

12 September 2009

Bekas Presiden Taiwan bersalah rasuah dan dipenjara seumur hidup

**Kat Malaysia boleh ker buat macam nie hah? Apa agaknya komen Madey, Pak Lah, Najib?

TAIPEI: Bekas presiden Taiwan, Chen Shui-bian dipenjara seumur hidup semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah Daerah Taipei mensabitkan presiden selama dua penggal itu dengan kesalahan rasuah dan sebilangan dakwaan lain, menamatkan kes berprofil tinggi yang dibuka hampir tiga tahun lalu serta turut membabitkan isteri Chen serta sebilangan anggota keluarga serta pembantunya.

Chen didakwa menggelapkan sejumlah T$104 juta (RM11.1 juta) dari sebuah dana khas pejabat presiden, menerima rasuah sebanyak T$9 juta (RM963,853) berkaitan dengan perjanjian pemilikan tanah dan mendapatkan sejumlah T$2.73 juta (RM292,368) lagi sebagai balasan kerana membantu seorang kontraktor memenangi bidaan dalam satu projek kerajaan.

Ketika memerintah pada 2000 hingga 2008, Chen mengecewakan Beijing kerana mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi dari China yang menuntut kedaulatan bagi pulau yang diperintah sendiri itu sejak berakhirnya perang saudara China pada 1949.

Sementara itu, Chen tidak hadir ketika mahkamah Taiwan menjatuhkan hukuman terhadap beliau semalam.

"Chen membuat permohonan untuk dikecualikan daripada hukuman tetapi hakim tetap menghukumnya," kata seorang jurucakap bagi mahkamah daerah Taipei kepada pemberita beberapa jam sebelum keputusan dikeluarkan.

Bekas presiden itu mahu menggunakan ketidakhadiran beliau itu sebagai tanda bantahan terhadap apa yang disifatkan beliau sebagai perintah tidak sah, kata bekas peguamnya, Cheng Wen-lung.

Isteri Chen, anak lelaki dan saudara lain yang turut dibicarakan dalam kes itu juga tidak hadir ketika hukuman dijatuhkan semalam, kata pejabat Chen. – Reuters/AFP

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas