"Aku akan rogol kau, Rodziah!" adalah antara kata-kata cabul yang dihamburkan terhadap Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail ketika majlis dialog antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan kerajaan Selangor 5 September lalu.
Dalam kenyataannya ketika membuat laporan polis semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu menceritakan, beliau telah dihamburkan pelbagai kata-kata cabul lain oleh mereka yang mencetuskan kekecohan dalam dialog yang di adakan di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu.
"Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah 'jalang!', 'Rodziah mengalahkan pelacur!', 'pelacur lebih baik dari kau!', 'babi!', 'sundal!', 'kau jangan bersuara, Rodziah!', (dan) lemparan kata, 'aku akan rogol kau, Rozdiah!'," kata beliau.
Rodziah membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini, kira-kira pukul 12 tengahari semalam iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.
Turut serta memberikan sokongan moral kepada beliau adalah Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh, anggota Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan rakan exco beliau, Elizabeth Wong.
Menurut Rodziah, selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.
Beliau menyifatkan kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah.
Kepada beliau, tindakan kumpulan itu jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.
"Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya.
"Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam," katanya.
Menurut Rodziah, bukan hasrat beliau untuk memanjangkan isu tersebut kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan membuat laporan polis itu dibuat kerana kegusaran tentang keselamatan dirinya, keluarga serta pegawainya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.
"Kerisauan saya ialah, jika saya seorang Adun dan Exco Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?," katanya.
Bagi Rodziah, kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.
Kekecohan telah ditimbulkan oleh mereka yang bertindak liar itu sepanjang sesi penerangan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Datuk Bandar Shah Alam dan Rodziah sendiri sebagai Adun Batu Tiga.
Ketika dihubungi Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan.
Dua lagi laporan polis telah dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Ahli MBSA, K. Uthayasoorian.-hrkh
13 September 2009
"Aku akan rogol kau Rodziah"
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
umno selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Salam Ukhuwwah...
Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati:
http://masjidtokguru.blogspot.com/
(Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda)
Terima kasih.
Post a Comment