BlogList Malaysia

18 August 2009

Zambry Kecut Perut Berhadapan Rakyat Sendiri

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Isnin memberi amaran kepada pembangkan supaya jangan berlagak samseng dengan mengganggu urusan kerajan negeri Barisan Nasional (BN) menunaikan tanggungjawab kepada rakyat di negeri itu.

Katanya tindakan pembangkang mengganggu majlis penyerahan borang 5A kepada 188 penduduk untuk membayar premium dan seterusnya mendapat hak milik tanah di Taiping tengah hari tadi sebagai perbuatan yang sangat mendesak. "Jangan anggap saya pengecut atau penakut.

Sebagai Menteri Besar, saya bertanggungjawab memastikan supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sini Isnin. Beliau mengulas tindakan Angota Parlimen Taiping Nga Kor Ming, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Yew Tian Hoe dan ADUN Pokok Assam, Yee Seu Kai bersama 20 penyokong mengganggu majlis tersebut di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Ketiga-tiga pemimpin DAP itu bersama penyokong mereka memegang kain rentang yang tertulis "MB Haram, Malu, Malu, Malu, Malu" di perkarangan dewan itu sambil melaungkan kata-kata kesat. Bagaimanapun, Zambry tidak hadir pada majlis itu dan sebaliknya mewakilkan ahli exco negeri Mohd Zahir Abdul Khalid, untuk menyampaikan borang itu kepada penerima dari Kampung Kaki Bukit Jana, Kampung Aulong Baru Tambahan, Kampung Ayer Kuning dan Kampung Batu 14 Trong.

Zambry berkata beliau terpaksa membatalkan kehadirannya pada majlis itu atas nasihat pihak keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan memohon maaf kepada hadiran.-Bernama

2 Komen :

Unknown August 18, 2009 at 10:33 PM  

Zambry Mamak sembunyi di belakang raja dan unmo jahanam. Kalaulah surau kat kawasan aku jemput Zamry Mamak berbuka puasa, aku tau cara nak malukan dia.... biaq dia ingat sampai selama-lamanya.

anakpahang ,  August 19, 2009 at 4:21 PM  

Hang tak kan tak kenai dia ni. Pengecut nak mampos!! awat dia tak mai , biaq pi lah PR datang kalau sungguh hang tu betui MB TAK HARAM.

Dia ni jenis apa tak tau nak habaq , malu tak dak, cakap besaq .

PRU 13 ni dah doa siang malam ni, biaq licinlah UMNOBN kat Perak ni.Meluat sungguh tengok, macam perangai orang tak sekolah .

Mengaji kat u ditingkat 5, perangai tak cerdik tu 10 tingkat....!!!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas