BlogList Malaysia

27 August 2009

YB Zul Kulim, Kawan Baik Hang Sedang Dipinang Umno (2)

Exco Baru Sudah Diperkenan Baginda Tuanku...Selamat Jalan "Romeo"..

Assalamualaikum kepada semua, selamat berpuasa dan menjalani tarbiyyah tahunan, semoga dihujung Ramadhan kita mendapat Taqwa, tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah s.w.t. Kalau dihujung Ramadhan ini kita rasa semakin dekat dengan Allah, menyerah diri kepadaNya dan makin merasai perlunya bergantung harap kepadaNya, maka bolehlah kita berhari raya sakan, kalau tidak, fikir semulalah, layak raya ka tidak!

Tengahari tadi berlakulah apa yang tidak diharap terjadi oleh YB Lunas. KDYMM Tuanku Sultan telah memperkenankan perlucutan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri daripada YB Mohamad Radzi Salleh dan diganti dengan YB Kulim, sepertiyang diminta dalam surat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Surat pekenan Tuanku Sultan dalam fail yang diminitkan oleh Baginda disampaikan kepada YAB MB lebih kurang jam 12.30 tengahari, dengan tulisan jawi (tulisan tangan) Tuanku sendiri. YAB MB dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah, YB Ahmd Kasim membuat sidang akhbar pada jam 2 petang memaklumkan hal itu.

Malam tadi, Majlis berbuka puasa YAB MB dengan Kakitangan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan pegawai GLC, dijemput juga Ahli2 Majlis PBT. HAdir juga tadi ialah Sdr Aziz, PA YB Lunas yang diarahkan bertugas di kawasan Lunas 2 bulan dulu. Aziz sebelum ini bertugas di Wisma. Kata Aziz, YB Lunas tak bagi apa-apa isyarat pun untuk buat kerja bodoh itu. Cuma hari Rabu lepas, dia mengangkut semua barang-barang cenderamata dari pejabatnya di wisma dengan alasan nanti orang akan bagi lagi kepadanya.

Aziz pun terpalit juga dengan isu lompat kerana ada orang tuduh dia pun dapat habuan. Esok dia akan panggil sidang akhbar untuk membersihkan namanya. Memang antara tugas Aziz sebelum ini ialah memerhatikan gerak geri bosnya. Bila dia diarah bertugas di kawasan, dia belum syak apa-apa, tapi sentiasa berwaspada. Dalam isu claim dulu pun, dia sudah tak sedap hati, dan dia sudah memberi ingatan kepada bosnya supaya berhati-hati, takut melampaui had. Akhirnya kena juga!

Aziz kata dalam sebulan kebelakangan ini bekas bosnya tidak buat apa-apa kerja, ditinggalkan melambak fail yang tak terurus atas mejanya. Ada beberapa fail yang sudah diambil seperti minit2 mesyuarat Exco, apa nak dibuat dengan minit2 tu pun belum diketahui lagi. Tapi dia terikat dengan sumpah kerahsiaan jawatan Exco.

Saya mengesyorkan Aziz diambil bertugas dengan Exco baru nanti, dia sudah ada pengalaman dan dia staf yang cekap. Hatinya tulus, maka tindakan bekas bosnya itu adalah satu kesilapan besar yang tidak dijangka sama sekali. Kalau YB Zulkifli Noordin berpeluang berbual dengan Aziz, dia akan rasa tulisannya membela YB Lunas 2 hari lalu adalah satu kesilapan.

Muhammad Sanusi Md Nor

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas