Kalaulah Rocky's Bru Ader Telor
Bhai...
Gua nasihatkan lu pi jawab cabaran Mahfuz Omar supaya tampil dengan fakta dan bukti apa yang lu tuliskan kat blog lu tue... RM600 ribu bukan sikit bhai... lu kena jawab cabaran tue..
Itu pun kalu lu ader telor la... kalu lu takder telor.. pengecut dan takder bukti... baik lu tutup mulut ... lu buat malu blogger lain jer...
Semenjak lu dah dapat kerja balik nih.. gua tengok lu dah macam takder pendirian .. takkan kot dah termakan rasuah ....
Apa-apa pun lu (Rocky's Bru) dan Bigdogdotcom patut pi buat laporan polis dan SPRM pasai isu nih... bawak sekali bukti dan fakta.. kalu ader dokumen, audio atau video sila kemukakan.... jangan pandai tulis dalam blog jer.. tapi realiti sudah takder telor...
Lu jangan buat malu orang kampung .... nampak jer macho... tapi takder telor...
UBN Berhingus Hidung di Permatang Pasir
UBN nampaknya makin terdesak dan makin berhingus hidung dengan isu peribadi calonnya Rohaizat Othman kononnya menyalahgunakan wang pelanggan guamannya seperti mana dibangkitkan oleh Pas. Keadaan lebih rumit lagi apabila rakan kongsi Rohaizat, bernama Yusri Ishak tampil menjelaskan perkara sebenarnya di sebalik penyelewengan yang membawa kepada pembatalan lesen guaman Rohaizat itu. Yusri menjelaskan dia cuba diperkambinghitamkan berhubung isu berkenan.
Penampilan Yusri ini memberi bukti baru kepada Pas dan pengundi Permatang Pasir yang dikejutkan dengan berita berhubung salah lakukan calon UBN pilihan Zahid Hamidi itu.
Penjelasan Yusri hari ini menambahburukan keadaan dan menyebabkan virus semakin banyak menyerang Rohaizat. Yusri adalah saksi paling kredibel dan boleh dipercayai kerana beliau mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Menurutnya penggelapan wang koperasi pekebun kecil getah itu dilakukan oleh Rohaizat sendiri dan beliau hanya diberi tanggungjawab menyelesaikannya.
Hakikat ini berbeza dengan apa yang dijelaskan Rohaizat dan pemimpin UBN yang kononnya beliau (Rohaizat) terpalit dengan masalah ditinggalkan Yusri. Sebelum Yusri menjelma mungkin ada pengundi percaya dengan penjelasan pihak UBN itu, yang mana jahatnya bukan Rohaizat tetapi Yusri.
Tetapi bila Yusri muncul menjelaskan tembelang sebenarnya, maka segala kebusukan semakin berbau dan tahu puncaanya. Inilah menyebabkan calon UBN itu jadi semakin berhingus hidung!
Kerana keadaan makin parah, maka UBN terpaksa mencipta isu dan mencari peluru palsu untuk menembak Pas. Macam-macam yang diungkitkan oleh pihak UBN yang ditabur menerusi blog-blog liar yang tidak ada kuasa penangungjawab. Kononnya calon Pas, Ustaz Mohd Salleh Man telah mengelapkan wang pilihan raya Pulau Pinang sebanyak RM600,000. Tidak cukup itu beliau juga dikatakan menggelapkan wang pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu sebanyak RM60,000.
Selain itu Salleh juga dituduh mengambil wang dan dimasukkan ke dalam akuan peribadinya. Jumlahnya tidak dinyatakan mungkin bermula dengan angka enam juga, boleh jadi RM60.00 ataupun RM6.00 sahaja atau pun hanya 60 sen? Nasib baik juga tidak ada tuduhan yang calon Pas itu pernah membelasah sesiapa hingga penyek hidung dan dahi!
Untuk menampak tuduhan ini real dibabitkan nama timbalan pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mujahid Yusuf Rawa. Kononnya Mujahid mengetahui semua itu. Tidak tentu fasal berpeluh juga ketiak Mujahid mendengar segala cerita rekaan itu sampai beliau meminta orang yang menuduh itu tampil ke dunia nyata mengemukakan bukti.
Sebenarnya Pas tidak perlu cemas dan ralat dengan tuduhan itu. Rakyat yang waras dan kenal Pas mengerti apakah tuduhan itu logik ataupun palsu. Menggelapkan wang RM600,000 oleh seorang ustaz bukan berita tidak logik? Logik, banyak ulama yang jadi hantu dan perogol. Tetapi perkara pokok yang perlu dikaji sebelum mereka-reka cerita itu apakah Pas Pulau Pinang mempunyai wang sebanyak itu. RM600,000 bermakna lebih setengah juta? Banyak weii... tidak masuk akal kalau Pas Pulau Pinang mempunyai sebanyak itu.
Tidak munasabah! Pas tidak ada kerajaan di Pulau Pinang. Jadi dari mana wang itu nak digali bagi menghadpai pilihan raya? Lainlah kalau di Kelantan. Pas memerintah Kelantan selama 18 tahun. Banyak kawasan balak yang diberikan kepada taukeh Cina dengan harapan imbalan diberikan kepada parti untuk menghadapi pilihan raya. Memang wang di Kelantan melimpah ruah. Tetapi tidak di Pulau Pinang, jadi di mana Salleh nak gagar wang sebanyak itu?
Rakyat yang otaknya sihat dan mengenali Pas serta pemimpin mereka tidak mudah menelan berita itu. Mereka hanya akan ketawa saja mendengarnya kerana ketidakmunasabahannya. Betapa fitnah kering itu menunjukkan kelemahan strategi dan akal politik UBN untuk mempengaruhi rakyat. Begitulah selalunya lagak orang dalam keadaan terdesak. Kesian kepada UBN...
Apabila isu atau fitanh yang dicipta tidak masuk akal menyebabkan ia akan memakan diri UBN sendiri. Pembohongan ke atas Pas itu menyebabkan pengundi akan lebih yakin lagi penjelasan mengenai calon UBN tidak terbabit dengan penyelewengan wang pekebun kecil itu getah, adalah bohong kurba. Dan bohong kurba itu terjawab kini apabila rakan kongsi Rohaizat sudah tampil memberi tahu cerita sebenarnya bagaimana proses penggelapan itu berlaku.
Kesimpulannya mengenai tuduhan ini, Pas tidak perlu gelabah dan menari ikut rentak UBN. Baik Salleh maupun Mujahid tidak payah memikirkannya. Pengundi Permatang Pasir sudah arif dan dapat mengagak sendiri mengenai kebenarannya. Adalah baik kalau Pas mendiamkan diri dan jangan layan adu domba itu. Kalau dilayan ia akan jadi semakin membekah dan silap-silap perhitungan Pas boleh terperangkap dalam jerat yang dibukakan itu! -mso
3 Komen :
salam bro,
nampak kepompong jumud dan beku dalam hati, jiwa, akal dan peribadi sdr masih tebal dan tertutup, jauh ari kebenaran...
minta yusri saman rohaizat kerana memalukan dirinya, anak isteri dan mak bapak nya kerana 'tuduhan' tersebut.
Apa tunggu lagi? kan PAS banyak peguam haprak yang mampu membela? kan ini masa yang sesuai untuk terus menabur fitnah dan tipu daya demi kelangsungan politik murahan?
Salam Bro Putra Merdeka. Kenapa pulak nak suruh yusri samamn rohaizat. Rohaizat lah yang sepatutnya saman yusri sebab membuat pendedahan yang memalukan dan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang calun. Yusri dah berjaya membersihkan dirinya melalui pendedahan siapa sebenarnya yang menggelapkan wang rakyat.. Tak perlu peguam yang hebat untuk membela yusri.. Rakyat telah dan sedang menghakiminya.. Akhir sekali..Selamat Berpuasa Bro Putra Merdeka..
Orang yang menuduh lah sepatutnya yang kena membuktikan tuduhannya. Jika Rohaizat tidak dapat membuktikan tuduhannya memang benarlah dia seorang pendusta yang paling besar
Post a Comment