BlogList Malaysia

27 August 2009

Tentera Langgar Sumpah Sebab Itu BN Kalah..

Rakyat turut menyumpah umno/bn kerana tergamak mempergunakan perwira bangsa untuk kepentingan politik mereka

Timbalan Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri Melaka, Leftenan Kol (B) Hashim Puteh berkata berdasarkan kepada akta tentera, mana-mana anggota tentera tidak boleh terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti politik kepartian.

"Anggota tentera, tidak dibenarkan menjadi ahli politik, lebih-lebih lagi berkempen untuk memenangkan calon tertentu kerana ia juga menyalahi perlembagaan tentera.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dikenakan tindakan ketenteraan," ujarnya yang bersara dari Angkatan Tentera sejak 16 tahun lalu ketika dihubungi oleh Suara Keadilan baru-baru ini.

Menurut Kolonel Hashim, berdasarkan pengalamannya sebelum ini, memang terdapat anggota tentera yang dikerahkan untuk berkempen dan mengedarkan risalah bagi sesebuah parti politik. Tetapi menurutnya ia bersalahan dengan undang-undang ketenteraan dan boleh dijatuhkan hukuman sekiranya didapati bersalah. - Suara Keadilan

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas