BlogList Malaysia

12 August 2009

Presiden MCA Baham RM10 Juta, SPRM Tidur Lagi Ke?

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.
Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000
bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang mendedahkan tindakan beberapa individu termasuk seorang wakil rakyat menyalah guna kuasa dalam urus niaga membabitkan tanah bernilai RM1 bilion.

Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata ketika ini, masih terlalu awal untuk pihaknya membuat sebarang keputusan kerana laporan audit yang disediakan PricewaterhouseCoopers (PwC) Advisory Services Sdn Bhd belum dikeluarkan kepada umum.

“Sebarang tindakan lanjut SPRM bergantung kepada laporan audit itu, penelitian rapi perlu dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan itu.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan itu, kecuali apa yang disiarkan sebuah akhbar tabloid tempatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas