Calon PAS di Permatang Pasir, Mohd Salleh Man nampaknya akan mendapat sokongan penuh dari rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP, lapor harakahdaily.
Pagi tadi, DAP melancarkan jentera kempennya untuk membantu PAS manakala PKR pula akan melancarkan jentera kempennya malam ini.
Mungkin kekompakan mereka diperolehi selepas Bengkel Memperkasakan Pakatan yang diadakan sehari suntuk di Petaling Jaya baru-baru ini.
DAP melancarkan jentera gerakan di Taman Ciku, Bukit Mertajam pagi tadi untuk memulakan langkah menyerang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir.
Pelancaran itu dilakukan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng bersama Calon PAS N11, Mohd Salleh Man.
Semasa berucap Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengingatkan media pro Umno dan BN jangan terlalu mendewa-dewakan kepimpinan BN seolah-olah mereka semuanya berkuasa.
Sepatutnya, media yang ada tidak terlalu mirip kepada dasar-dasar atau aktiviti BN sebaliknya membanyakan sama program Pakatan Rakyat yang juga merupakan pemerintah di lima buah negeri.
Media langsung tidak menonjolkan aktiviti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi mencari kesalahan untuk diburuk-burukkan supaya rakyat di negeri ini lebih keliru.
"Jangan terlalu ego menyiarkan berita yang merendah-rendahkan Pakatan Rakyat tetapi dalam masa yang sama memuji usaha kerajaan walaupun ianya menyalahi undang-undang, " katanya di hadapan ratusan petugas yang senantiasa menanti arahan mengerakkan serangan ke atas BN.
IBNUHASAN
16 August 2009
PKR Dan DAP Mula Berkampung Di Permatang Pasir
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
prk
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment