Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf menasihati calon BN di Permatang Pasir, Rohaizat Othman yang juga rakan karibnya sewaktu kecil supaya menarik diri pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 25 Ogos ini.
Katanya Rohaizad tidak perlu mencalarkan kredibilitinya kerana janji UMNO-BN yang sering mengatakan penyelewengan atau pecah amanah di kalangan mereka sebagai soal peribadi.
" Saya sebenarnya mencadangkan kepada rakan baik saya itu tarik diri secara terhormat" katanya kepada TV Antara.
Rohaizad dikatakan terbabit dalam kes pecah amanah dan kini heboh diperkatakan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Yusmadi menyifatkan, tindakan Umno meletakkan Rohaizad dalam pilihanraya ini akan menjerut leher bekas peguam sivil itu.
Yusmadi juga berkata, UMNO-BN selalu beranggapan politik wang di kalangan mereka sebagai hal persendirian sedangkan pada rakyat ia isu yang sensitif.
19 August 2009
Permatang Pasir - Rohaizad Menjerut Lehernya Sendiri
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
prk
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Salam REFORMASI.
Rohaizat melangkah sumbang bila sanggup menerima pencalonan untuk bertanding di Permatang Pasir.
Paling menakjubkan pemimpin UMNOBN yang membuat saringan ke atas nama-nama bakal calon mempunyai kod moral yang sungguh berlainan sekali.
Mengapa? kerana Rohaizat yang terpalit dengan persepsi pecah amanah boleh dipilih sebagai calon!
Terlepas pandangkah mereka atau memang mereka merasakan bahawa perbuatan tersebut adalah biasa bagi UMNOBN.
Mereka terlupa bahawa rakyat sekarang ini sangat memerhati dengan serious perkara begini.
Insyaallah, tanda-tanda awal PR akan menang di Permatang Pasir.
Biarlah satu undi majoriti,tetapi ia tetap menang(Mahathir).
Post a Comment